SUV Terbaharu Volkswagen: Tiguan Allspace Life Sudah Dilancarkan. Harga Bermula RM 172,990

Apa khabar peminat Volkswagen di Malaysia? Berita baik buat anda semua kerana Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah pun secara rasminya melancarkan SUV terbaharu mereka, Tiguan Allspace Life, di pasaran Malaysia. Merupakan SUV ketiga daripada barisan model Tiguan Allspace di Malaysia selepas Tiguan Allspace Elegance dan Tiguan Allspace R-Line, kini Tiguan Allspace Life ditawarkan pada harga RM 179,990.

UBAH RON95 KEPADA RON98 DENGAN X-1R OCTANE BOOSTER:

Sumber imej: showroom.volkswagen.com.my

Sebagai model peringkat permulaan bagi Tiguan Allspace, Life dilengkapkan dengan ciri-ciri sebuah SUV moden. Dari segi rekaan luaran, Life mempunyai rekabentuk yang dinamik dan ‘tajam’ sama seperti adik-beradiknya yang lain termasuk gril hadapan yang lebih menyerlah dan lampu depan LED. Untuk bahagian roda pula, Life menggunakan rim aloi Frankfurt bersaiz 18 inci.


Dari segi saiz keseluruhan pula, SUV ini mempunyai konfigurasi tujuh tempat duduk dan saiz ruang but sehingga 1,775 liter, sekaligus menjadikan SUV ini sebuah kenderaan yang selesa untuk semua. Antara peralatan standard yang ditawarkan pula ialah sistem infotainment Discover Pro 9.2” dengan sambungan aplikasi wireless, sistem navigasi dan juga kawalan suara. Bukan itu sahaja, SUV ini turut didatangkan dengan penyaman udara Climatronic 3 zon.

The Life dikuasakan oleh enjin pengecas turbo 1.4TSI yang dipadankan dengan DSG 6-kelajuan untuk menghasilkan 150PS dan tork 250Nm. Gabungan ini memastikan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan sambil memberikan penggunaan bahan api yang cekap kira-kira 7.7l/100km.

Jadi, sekiranya anda sedang mencari sebuah SUV baharu, apa kata anda terus membuat tempahan untuk pandu uji di semua pengedar sah Volkswagen di Malaysia atau untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh terus layari laman sesawang rasmi Volkswagen Malaysia di volkswagen.com.my.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.