Supercar Cun Ini Diharamkan. Kenapa?

Sumber imej: topsupercars123.blogspot.com

Bayangkan selepas kerja keras selama bertahun-tahun, akhirnya kereta ciptaan Horocio Pagani, iaitu Pagani Huayra, diharamkan. Mempunyai rekabentuk elegan dengan ciri-ciri supercar persis Lamborghini, namun sayangnya kereta ini tidak mempunyai suis beg udara di bahagian penumpang. Selain itu, antara sebab lain ianya diharamkan adalah kerana mereka tidak mampu untuk membina kereta spesimen bernilai US$ 500,000 (RM 2.07 juta) untuk tujuan ujian kemalangan (crash-testing).

Sumber imej: automotobuzz.com

Walaupun selepas itu mereka dapat selesaikan masalah tu, namun Pagani Huayra masih mempunyai banyak lagi isu keselamatan lain sehingga pihak National Highway Traffic Safety Administration (NHTSA) di Amerika Syarikat telah memutuskan untuk mengharamkan penjualan kereta ini kepada umum di negara itu. Oh, haram di Amerika Syarikat rupanya.

Sumber imej: thesupercarblog.com

Tapi, disebabkan kereta ini mempunyai rekabentuk supercar yang elegan dan mewah, ia tidak menghalang beberapa orang kaya di sana untuk memiliki karya haram ini sebagai antara koleksi, dengan harga jualan mencecah US$ 1 juta (RM 4.14 juta) pada tahun 2012.

Sumber imej: hotcars.com

Pagani Huayra dikuasakan oleh enjin Mercedes-AMG-Sourced-Twin-Turbocharged V12 yang dipasang pada bahagian tengah belakang. Ianya mempunyai kebolehan untuk mengepam sehingga 791 hp dan 775 lb-ft, selain mampu memecut dari 0-60 mph dalam masa 2.8 saat. Selain itu, kereta ini juga pernah mencatatkan kelajuan paling maksimum sehingga 230 mph (370 km/j). Tapi yang peliknya mereka masih menggunakan kotak gear 7-Speed Single Clutch yang agak ketinggalan zaman untuk menggerakkan roda belakang!

 

Sumber imej: carbodydesign.com

Sumber imej: carbuzz.com

 

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.