Sudah Ada Syarikat Jepun Yang Berjaya Cipta Kereta Terbang. Siapa Nak Beli?

Sumber imej: engadget.com

Negara Jepun memang terkenal dengan kecanggihan teknologi yang mereka hasilkan berbanding negara lain di seluruh dunia. Tatkala banyak negara berebut-rebut untuk mencipta kereta terbang, akhirnya sebuah syarikat di Tokyo, SkyDrive, telahpun berjaya mencipta kereta yang mampu terbang selama beberapa minit di udara bersama seorang pemandu.

Sebelum ni, kita cuma nampak prototaip je kan. Entah boleh terbang ke tak pun tak pasti. Tapi kali ni syarikat SkyDrive berjaya membuktikan yang kereta terbang mereka mampu terbang! Hasil kerjasama dengan Toyota, Panasonic dan Bandai Namco sejak tahun 2012 ni nampaknya berhasil. Tahniah diucapkan!

Sumber imej: carscoops.com

Mengikut Tomohiro Fukuzawa selaku ketua syarikat SkyDrive, dia berharap yang kereta terbang ni mampu dilancarkan pada tahun 2023. Katanya lagi, terdapat lebih 100 projek kereta terbang yang dihasilkan di seluruh dunia, tetapi sampai sekarang hanya beberapa dari projek tersebut yang betul-betul terbukti berjaya terbang bersama seorang pemandu.

Buat masa sekarang, mereka sedang berusaha untuk meningkatkan tempoh kereta tersebut mampu terbang. Malah, kalau projek ni berjaya maka manusia mampu mengurangkan kesesakan lalu lintas pada masa hadapan.

Bila disoal tentang cabaran utama SkyDrive, Tomohiro Fukuzawa menjelaskan antara cabaran paling hebat ialah saiz bateri yang digunakan, masalah kawalan lalu lintas dan infrastruktur yang sesuai juga harus dibina.

Tapi kan, nanti ada ke yang nak beli? Selain dari kos berjuta ringgit, kereta terbang ini juga mempunyai risiko tinggi. Antaranya tempoh penerbangan singkat atau risiko masalah teknikal semasa penerbangan. Maksudnya, projek kereta terbang ni bukan semudah yang kita tengok dalam filem Back To The Future tu.

Sumber imej: mozo.com.auS

Pokoknya, kita mungkin anggap semua ni mustahil. Tapi cuba kita kaji sejarah, dulu masa Wright Brothers nak cipta kapal terbang pun ramai kata mustahil dan tuduh mereka sebagai gila. Tapi sekarang, lihatlah hasil ‘gila’ mereka itu mampu membuatkan manusia merentas antara destinasi dengan menaiki kapal terbang.

Sumber imej: edition.cnn.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *