Stratolaunch: Pesawat Terbesar Dunia Yang Lagi Besar Daripada Padang Bola!

Sekali tengok, pesawat ni seakan kembar dengan sayap yang lebar serta dua badan yang bercantum. Kalau nak kenal, inilah Stratolaunch, pesawat terbesar di dunia yang mana saiznya adalah lebih besar daripada Howard Hughes H-4 Hercules, e Antonov An-225, Airbus A380 atau Boeing 747-8.

Mana tidaknya jika saiz sayap pun sudah mencecah 385 kaki (117 meter), badan pesawat pula adalah sekitar 238 kaki (73 meter) dan tinggi pula adalah 50 kaki (15 meter). Senang cerita lebih besar la daripada padang bola sepak tu! Sebab itu dia dibina dalam hangar khas dengan keluasan 88,000 kaki persegi di Pangkalan Udara dan Angkasa Mojave, California. Jadi memang mustahil untuk kita lihat ia mendarat di mana-mana lapangan terbang komersial kerana saiznya yang terlalu besar.

Untuk pengetahuan umum, berat pesawat itu sahaja sudah mencecah 650 tan (589,670 kilogram) yang mana ia memerlukan 28 roda dan oleh sebab itulah ia memerlukan landasan sepanjang 3 kilometer untuk berlepas. Selain itu, Stratolaunch juga pernah mencapai sehingga 17,000 kaki ketinggian pada kelajuan 165 kias (305.58 km/j).

Dengan saiz yang sangat besar, maka sudah tentu pengendaliannya juga tidak mudah bukan? Sememangnya hanya juruterbang terlatih dan istimewa sahaja yang mampu mengemudi pesawat ini. Malah dengan rekaannya yang seakan dua pesawat kembar dicantumkan bersama, juruterbang turut melaporkan kesukaran untuk mendarat. Ingat senang ke nak seimbangkan ‘dua’ pesawat sekaligus?

Tonton videonya di sini:

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.