Stowaway: Sanggup Membeku Di Tayar Kapal Terbang Demi “Penerbangan Percuma”

Sumber imej: weinterrupt.com

Tahukah anda? Ada beratus kes pernah dilaporkan di seluruh dunia yang melibatkan aktiviti ‘stowaway’. Ia merupakan satu jenayah di mana manusia sanggup seludup masuk dan bersembunyi di tayar kapal terbang semata-mata nak penerbangan percuma! Perbuatan ni memang sangat bahaya, sebab hanya kurang dari 24 peratus yang selamat. Kebanyakan mereka dijumpai telah pun membeku di tayar kapal terbang. Ngeri bukan?

Sumber imej: aviation.stackexchange.com

Mesti anda semua pelik, kenapa mangsa yang ditemui mati membeku? Ini kerana semasa penerbangan, suhu di luar kapal terbang boleh menurun antara 75 hingga 80 darjah di bawah paras sifar. Maka, ramai antara mereka akan mendapat ‘frostbite’ dan hipotermia. Sebab tu banyak mayat mangsa ditemui dalam keadaan beku.

Selain daripada mati membeku, kebanyakan mangsa lain juga akan mati akibat kekurangan oksigen, terhimpit semasa gear pendaratan mula masuk, atau terjatuh. Malah pada tahun 2019, seorang lelaki yang sedang berehat di belakang rumahnya terkejut apabila satu mayat yang dah beku jatuh daripada langit, hanya beberapa meter dari mana dia berada. Selapas siasatan dijalankan, mangsa dipercayai cuba menyelinap dari gear pendaratan Kenyan Airways menuju ke Heathrow, United Kingdom sebelum terjatuh dari ketinggian lebih 3,500 kaki. Bayangkan, keadaan mangsa sangat teruk sampai polis susah nak kenal pasti samada mangsa tu lelaki atau perempuan. Berkecai weh! Lain kali kalau kita jalan pun kena tengok atas yea.

Sumber imej: standard.co.uk

Jika di Malaysia, kejadian macam ni belum pernah terjadi. Tapi kalau di negara jiran, iaitu di Indonesia, pernah ada kes seorang lelaki dijumpai kritikal apabila dia menyelinap masuk antara tayar kapal terbang Garuda Flight 177 dari Riau ke Jakarta pada tahun 2015. Mengikut keluarganya, lelaki tersebut seringkali bermimpi untuk pergi ke bandaraya Jakarta. Jadi, kerana kekurangan wang, dia belajar cara untuk masuk ke dalam kapal terbang melalui internet selain mengkaji jadual perjalanan di lapangan terbang Sultan Syarif Kasim II. Semasa dijumpai, lelaki terbabit didapati kekurangan oksigen, jarinya telah bertukar biru selain ada pendarahan dari telinga. Harap jangan la ada mana-mana manusia lagi yang nak buat kerja macam ni. Bahaya tau tak.

Sumber imej: scmp.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *