Sticker Kereta Untuk Label Jenis Pemandu di Jepun. Malaysia Pun Ada Lah.

Sumber imej: Wikipedia

Negara Jepun memang terkenal dengan budaya dan masyarakat mereka yang sangat sopan, patuh dan hormat-menghormati antara satu sama lain. Oleh kerana saban hari ada sahaja kes ‘road rage’ melibatkan pengguna jalanraya, maka antara inisiatif yang dibuat oleh negara Jepun ialah memperkenalkan sticker kereta untuk melabel pemandu berkenaan. Kiranya kalau kita tengok sticker di kereta tu, kita tau siapa pemandunya, samada warga emas, OKU atau lain-lain.

1. WAKABA / SHOSHINSA – PEMANDU BARU

Sumber imej: 99percentinvisible.org

Untuk pelekat berwarna kuning dan hijau ni, ianya sama seperti sticker “P” yang diguna di negara kita. Wakaba iaitu daun hijau memberi simbol baru dan Shoshinsa pula bermaksud baru belajar. Jadi, kesemua pengguna jalanraya di Jepun harus menggunakan sticker ini pada kenderaan mereka, sekiranya lesen mereka berumur bawah setahun.

2. SHINTA SHOUGAI – PEMANDU OKU

Kalau di Malaysia, kita agak terbiasa dengan sticker Orang Kurang Upaya (OKU) di kenderaan. Namun, bagi menjaga sensitiviti orang kurang upaya di sana, maka mereka telah menggantikan logo orang yang duduk di atas kerusi roda dengan sekuntum bunga empat kelopak. Ada logiknya juga sebab bukan semua Orang Kurang Upaya itu duduk atas kerusi roda kan?

3. KOREISHA – WARGA EMAS

Dahulu, logo Koreisha ialah seakan daun di musim luruh. Macam seakan menganjing pun ada bila kaitkan daun luruh dengan orang tua. Maka pada tahun 2011, mereka menukar logo Koreisha kepada lambang di atas sebagai simbolik kepada pemandu tersebut ialah warga emas yang berusia 75 tahun dan ke atas.

4. CHOUKAKU SHOUGAI – OKU DENGAN MASALAH PENDENGARAN

Di Malaysia, semua OKU akan guna logo yang sama. Tapi di Jepun, mereka akan guna logo rama-rama kuning ni untuk menandakan pemandu tersebut merupakan golongan OKU yang mempunyai masalah pendengaran. Pelekat ni sangat penting, sebab kita boleh kenalpasti pemandu yang tak dengar bunyi hon, bunyi siren ambulans, polis atau bomba dan sebagainya.

Kalau di Malaysia macam mana pula? Logo yang sangat popular di sini ialah seperti di bawah:

1. LOGO “P” – UNTUK LESEN BARU

Sumber imej: blog.maukerja.my

Bagi pemandu kereta atau motosikal yang baru ‘passed test’ dari JPJ, mereka harus pakai sticker ni selama 2 tahun. Tapi ada gak yang jenis dah 10 tahun bawa kereta tapi tak buang lagi sticker ni. “P” untuk Pelupa.

2. PEMANDU OKU

Sumber imej: redscarz.com

Beberapa tahun kebelakangan ni, kerap pula kita dengar kes kemalangan yang melibatkan pemandu OKU. Jadi untuk bezakan mana sticker yang betul atau salah, anda boleh lihat pada gambar di atas ni yea. Tapi kalau kat Malaysia ni memang dah jadi trend, asal langgar orang sampai mati je terus mengaku OKU sedangkan masa hari kejadian takde sticker ni pun kat kenderaan mereka.

3. KAUM KERABAT

Sumber imej: mstar.com.my

Kereta macam memang berlambak. Lebih-lebih lagi selalu digunakan oleh kenderaan mewah di Malaysia. Lagi mengejutkan, rata-rata yang pakai logo macam ni bukan dari golongan kerabat yang asli pun. Entah kerabat kerajaan langit mana dorang pakai. Kalau nasib tak baik kena tahan dengan polis. Mungkin mereka ingat kalau pakai logo ni mereka jadi kebal kot.

4. LOGO PEKIDA

Sumber imej: mforum.cari.com.my

Kalau dulu, orang yang pakai lambang ‘3 line’ di kenderaan mereka ni adalah ahli persatuan Pekida. Namun sayangnya ramai yang bukan ahli Pekida pun pakai logo ni sehinggakan masyarakat kita cop pengguna logo ni sebagai samseng. Malah, ramai yang kalau nampak logo ni terus tak berani cari pasal sebab takut mereka bawa geng bersama. Korang mesti terbiasa dengar Ayahanda, Abang Long semua tu kan?

Jadi, banyak-banyak logo mana korang pakai? Kalau logo drive-thru McD tu tak payah cerita la.

Sumber imej: everydayonsales.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *