Siapa Nak Beli Honda Civic Type-R? Sila Beli Sebelum Tahun 2020

Source: honda.com.my

Siapa yang tak merecik tengok Honda Civic Type-R? Bukan setakat peminat tegar jenama Honda, malah kereta ini juga pernah menarik minat pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melihat prestasi dan kesesuaiannya dari segi teknikal dan sebagainya. Beruntung abang polis kalau kereta itu bakal diguna pasukan PDRM.

Source: sinarharian.com.my

Tapi kenapa kena beli sekarang? Apa perbezaannya berbanding beli pada tahun depan? Kalau anda nak tahu, pihak Honda telah dikatakan bakal menaikkan lagi harga Civic Type-R pada tahun 2020, walaupun menggunakan ciri-ciri yang masih sama dengan tahun 2019. Maksudnya, anda bakal bayar lebih mahal, tetapi Honda tidak menambah sebarang ciri istimewa bagi model 2020.

Source: ecovelo.info

Tapi jangan risau—bertambah pun tak banyak sangat. Ada la naik sebanyak RM2,508 (US$610). Yang penting harga naik atau turun, Honda Civic Type-R yang juga dikenali sebagai FK8R ini masih lagi menggunakan enjin turbo 2.0-liter VTEC dengan kuasa 306 – 310hp pada 6500rpm dan tork 399Nm pada 2,500rpm hingga 4,500 rpm. Ciri standard seperti Apple CarPlay dan Android Auto juga masih dikekalkan.

Source: honda.com.my

Orang kata, kalau dah mampu beli Honda Civic Type-R di Malaysia yang harga permulaan pun dah mencecah RM330,000. Jadi kalau setakat naik harga dari dua hingga tiga ribu Ringgit tu mungkin biasa-biasa je kepada bakal pemilik. Mana tidaknya, tiap bulan paling tak pun kena bayar ‘installment’ sebanyak RM3,500-RM4,500 sebulan. Kalau yang bergaji 10K pun belum tentu sayang oiii. Kan agak ‘trending’ di Malaysia apabila masyarakat kita suka ‘troll’ gadis-gadis gila lambang H. Siap ‘reject’ pakwe naik motor. Alang-alang tu cari la pemilik Honda Civic Type-R ni. Baru la kecoh satu Malaya. Walaupun dia beli yang ‘secondhand’ pun harga masih mahal tau.

 

Apa lagi? Jom kita tengok gambar-gambar Honda Type-R kat bawah. Kalau yang mampu beli, boleh la ke mana-mana ‘dealer’ Honda terdekat. Mana yang mampu tengok, mari kita pakat telan air liur je. Gulp..

Source: honda.com.my
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *