Seram! Penampakan 5 Gambar Misteri Selepas Kemalangan Jalan Raya -BAHAGIAN 2

Hah! Bagi peminat paranormal, entiti, hantu atau benda seram, memang artikel macam ni la korang minat kan? Bagi yang terlepas bahagian 1, boleh klik di sini. Kali ni kita buat kompilasi imej-imej aneh yang ditemui pada foto selepas kemalangan bahagian 2 pulak. Pada yang nak memandu malam, disarankan agar jangan baca artikel semacam ni sebab takut korang alami pareidolia pulak.

1. Imej ‘Gadis’ Dalam Kemalangan Di Sebuah Terowong

Source: newmalaysianpost.com

Gambar ini dipercayai diambil oleh salah seorang saksi kejadian kemalangan maut yang terjadi di sebuah terowong pada tahun 2015. Apa yang buat gambar ni viral bukan sebab orang berebut nak ambik no plat kereta untuk tikam nombor ekor (kepercayaan tahyul masyarakat Malaysia yang kaki judi), tapi sebab jelmaan sosok gadis dalam kereta mangsa maut tersebut.

2. Kecelakaan di Balik Pulau

Source: jambi.tribunnews.com

Sebuah kecelakaan yang terjadi di Balik Pulau pada tahun 2016 bukan sahaja popular di Malaysia, malah di negara jiran (Indonesia). Perhatikan imej di belakang budak lelaki berbaju merah tu. Seakan perempuan pucat berambut panjang kan? Memang entiti suka buat photobomb atau cameo pada gambar-gambar bukti kemalangan ke apa?

3. Lelaki Dalam Semak – Kemalangan Maut Peronda LPT 2

Source: kezoom.blogspot.com

Kemalangan maut pada tahun 2014 ini telah melibatkan mangsa, seorang peronda LPT maut ditempat kejadian selepas Toyota Hilux yang dipandu mangsa dirempuh sebuah lori tangki di LPT 2. Namun, mata netizen kita ni ibarat ‘hawkeye’. Ada sahaja benda yang mereka nampak. Kali ni, sosok seakan seorang lelaki berada dalam semak di lokasi kejadian. Ada yang kata jelmaan jin, tak kurang juga kata mungkin sosok milik orang asli yang berada di sana. Asal orang asli je memang dalam semak eh?

4. Wanita Bertudung – Kemalangan Lebuhraya AMJ Melaka

Source: misteri.bf-1.com

Gambar yang kononnya dirakam tanpa sengaja oleh rakan mangsa di kemalangan Lebuhraya AMJ Melaka telah memperlihatkan sosok tubuh seakan wanita bertudung berada di dalam kereta semasa hari kejadian. Namun, gambar ini telah menimbulkan pertikaian samada imej tersebut merupakan imej entiti atau sekadar kain seakan selendang yang dililit pada kerusi pemandu. Anda rasa?

 

5. Jelmaan Sebalik Pokok – Kemalangan Maut Pontian

Source: oopsshmedia.blogspot.com

Pada tahun 2013, terdapat sebuah kemalangan maut berdekatan kuil India di Jalan Kukup, Pontian. Kejadian pada waktu subuh itu telah meragut nyawa mangsa yang melanggar pokok tersebut. Namun, gambar yang dirakam saksi kejadian telah menjadi bualan penduduk setempat kerana anda boleh lihat seakan ‘seseorang’ bertenggek di pokok yang dilanggar mangsa. Adakah itu manusia, jelmaan atau sekadar mainan kamera? Anda hakimi sendiri.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *