Sepuluh Tip Penunggangan oleh Sepuluh Penunggang Profesional (Bahagian 1)

Sumber imej – www.greatprints.co.uk

Kita sering menonton penunggang-penunggang professional berentap di arena antarabangsa pada hampir setiap hujung mingggu. Kita berasa kagum dengan kebolehan mereka menunggang seakan-akan begitu senang sekali pada tahap yang begitu tinggi.

Walaupun setiap pengunggang professional menunggang dengan cara tunggungan (riding style) yang berlainan, kemahiran mereka sebenarnya berpunca daripada teknik-teknik penunggangan yang asas seperti kita juga, yang mereka kemudiannya terapkan secara khusus kepada jentera yang mereka tunggangi.

Selain daripada itu, tiada penunggang professional yang berjuang berasaskan keberanian, atau lebih kenali dengan istilah “hati kering”.

Berikutnya adalah senarai sepuluh tip daripada penunggang-penunggang professional yang kami kumpulkan hasil daripada temuramah bersama mereka: –

1. “Tidak usah buat apa-apa jika tayar mula menggelongsor (sliding).” – Doug Chandler

Sumber imej: todayinmotorcyclehistory.blogspot.com

Naluri kita akan hendak menutup throttle secara mendadak ketika kita dikejutkan dengan tayar yang menggelongsor (sliding) apabila menempuh minyak, air atau pasir. Tetapi menutup throttle merupakan perbuatan yang akan membuat tayar kita menggelongsor tanpa kawalan, justeru itu akan mengakibatkan kita terjatuh ataupun terbabas.

Doug Chandler pernah mengambil bahagian di dalam Kejuaraan Kebangsaan Dirt-Track di Amerika sebelum berkecimpung di dalam kejuaraan Superbike serta 500cc GP Dunia. Menurut belia, anda hanya perlu mengekalkan kedudukan throttle yang sedia ada sehingga tayar berhenti menggelongsor kerana tayar yang kehilangan cengkaman akan memperlahankan dirinya secara semulajadi.

Chandler juga merupakan salah seorang anak murid Keith Code, pengasas California Superbike School.

2. “Pandang ke arah yang kita hendak tujui.” – Kevin Schwantz

Sumber imej: – bikes.suzuki.co.uk

Kevin Schwantz merupakan juara Gp 500cc Dunia yang disegani ramai dengan aksinya yang tidak senang mengalah. Akan tetapi teknik tunggangan beliau yang utama ialah kita harus pandang ke arah mana yang kita hendak tujui, dan bukan ke mana motosikal tujui.

Penggunaan teknik yang paling asas ini perlu untuk menambahkan keyakinan kita apabila menempuh selekoh, serta meningkatkan keselamatan walaupun di atas jalanraya.

3. “Gunakanlah kedua-dua brek.” – Maro Lucchinelli

Sumber imej: ducati-TT-passion di Twitter

Marco Luchinelli merupakan juara GP 500cc pada tahun 1986 dan beliau juga merupakan antara kelompok jurulatih yang pertama di dalam Ducati Racing Experience. Beliau menekankan penggunaan brek belekang untuk mengstabilkan bahagian belakang motosikal ketika membrek dengan ganas. Teknik ini juga ditekankan oleh jurulatih-jurulatih DRE sekarang.

Malah, jentera Ducati di dalam kejuaraan MotoGP menggunakan sistem tuil ibu jari kiri untuk membolehkan Andrea Dovizioso dan Jorge Lorenzo untuk mengaktifkan brek belakang ketika membaringkan motosikal meraka di dalam selekoh kanan.

4. “Pacu dengan pantas di bahagian yang pantas.” – Kenny Roberts Sr.

Tip daripada Juara Dunia GP 500cc ini mungkin kelihatan kelakar pada mulanya tapi beliau bermaksud tiada manfaatnya jika cuba menunggang dengan terlalu laju di bahagian-bahagian litar yang berkelajuan rendah. Cara ini terlalu berisiko untuk terjatuh atau terbabas. Sebaliknya, kita harus menunggang pada kelajuan yang sesuai di selekoh-selekoh kelajuan rendah untuk mendapatkan “line” untuk keluar selekoh dengan efisyen yang membolehkan kita membuka throttle dengan lebih cepat.

Beliau juga menekankan bahawa kita harus samada sering membuka minyak atau membrek sebaliknya. Perbuatan menutup throttle terlebih awal untuk “lajak” ke dalam selekoh merupakan suatu pembaziran justeru itu membazir kelajuan dan menyebabkan masa lap yang lambat.

5. “Ketahuilah kebolehan suspensi motosikal anda.” – Eddie Lawson

Sumber imej: www.cyclenews.com

Eddie Lawson yang juga dipanggil “Steady Eddie” merupakan Juara Dunia GP 500cc sebanyak empat kali. Beliau selalu kelihatan “cool” di atas litar mahupun di luar dan tidak pernah menunjukkan emosi yang keterlaluan. Sifat beliau ini juga diterapkan kepada cara tunggangannya yang sungguh lancar (smooth). Beliau juga seorang rider yang memberikan banyak perhatian kepada ciri-ciri teknikal pada motosikalnya.

Beliau pulang ke tanah airnya pada tahun 1993 untuk memasuki perlumbaan Daytona 200. Beliau menggunakan jentera Yamaha FZR-750 yang tidak pernah ditunggangginya pada masa itu. Oleh yang demikian, Eddie menyuruh krewnya untuk membuat setting suspensi yang paling maksimum serta minimum untuk beliau cubai di atas litar dalam sesi-sesi latihan.

Keperhatinan beliau membolehkannya memenangi perlumbaan itu.

Untuk LIMA lagi tip, teruskanlah ke bahagian 2. 

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *