Seorang Lelaki Dah Menang Sebuah Honda Civic. Mungkin Anda Boleh Menang Lagi 8 Kereta Honda?
HONDA. Kereta idaman ramai rakyat Malaysia. Juga merupakan kereta import No. 1 di Malaysia. Hari tu Honda Malaysia bagi hadiah berupa Honda Civic Type R kepada Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah sempena Hari Keputeraan Baginda.
Tapi, kali ni Honda nak bagi hadiah untuk rakyat marhaen pulak secara percuma melalui kempen Road to 900,000th Unit Milestone. Kempen hebat ni merupakan kolaborasi hebat antara Honda, Astro Radio, Tealive dan juga Unifi.
Seorang lelaki bertuah dari Kelantan dah menang Honda Civic 1.5L Turbocharged melalui kempen ni tau. Pemenang bertuah tersebut, iaitu Muhammad Adib, telah menang cabutan bertuah di cawangan pengedar Honda Kelantan, Ban Chu Bee Sdn Bhd. Jadi anda semua jangan risau sebab ada lagi 8 untuk dimenangi.
Sembang pasal yang dapat kereta percuma je tak syok la kan kalau tak share macam mana anda pun berpeluang nak menang? Syarat pertama anda mestilah warganegara Malaysia. Kedua, peserta mestilah berumur 17 tahun dan ke atas. Caranya amat simple:
1) Layari laman web kempen di www.honda.com.my/microsite/900k/
2) Tekan butang “Register” & masukkan maklumat yang dikehendaki seperti nama penuh, nombor I/C, nombor telefon & alamat e-mail.
3) Anda harus pergi ke mana-mana pengedar sah Honda berhampiran anda. Nak tahu pengedar Honda sah yang terdekat? Anda boleh semak di https://www.honda.com.my/dealers/dealers. Kemudian, rakam foto emblem kereta Honda tersembunyi di sana.
4) Akhir sekali, muat naik foto berkenaan di laman web kempen Honda dan ikut arahan seterusnya. Bagi pemilik sedia ada kereta Honda dan pernah servis di Pusat Servis Honda dalam tempoh 12 bulan pun layak masuk kempen ni tau! Mana tau, tuah ayam nampak di kaki. Tuah manusia tiada siapa yang tahu. Silap-silap dapat lagi satu kereta Honda. Dah alang-alang tu, rugi tak cuba tau. Sertai sekarang sebab kempen ni akan berakhir pada 22 September 2019.