Seorang Billionaire Beli Empat Ticket SpaceX Untuk Pusing Orbit

Sumber imej: nypost.com

Seorang jutawan atau billionaire dari Amerika Syarikat, Jared Isaacman, 38 telah membeli tiket SpaceX untuk mengelilingi orbit bersama tiga insan bertuah (orang awam) tahun ini dalam satu misi yang diberi nama Inspiration4. Menurut Jared, selain memenuhi cita-citanya untuk terbang di angkasa, dia juga berhasrat untuk menjadikan misi ini sebagai salah satu cara untuk mengumpulkan dana AS $ 200 juta untuk St. Jude Children’s Research Hospital di Memphis, Tennessee.
Bagaimana sesi pemilihan orang bertuah yang akan turut serta dalam misi ini?

Sumber imej: cntraveller.in

Sebagai permulaan, kesemua insan yang akan terpilih dalam Misi Inspiration4 ni akan terbahagi kepada empat. Yang pertama, ‘Leadership’ iaitu orang yang akan mengetuai misi ini. Orangnya sudah tentu Jared Isaacman sendiri. Manusia kedua pula ialah ‘Hope’ dan mereka telah memilih Hayley Arceneaux, 29 tahun, iaitu salah seorang pekerja di St. Jude Children’s Research Hospital, juga seorang pejuang dalam melawan kanser tulang yang dihidapinya sejak berusia 10 tahun. Menariknya, gadis ini turut menjadi manusia pertama yang mempunyai bahagian badan palsu untuk pergi ke angkasa lepas.

Sumber imej: space.com

Bagi orang ketiga yang akan layak untuk menyertai misi ni ialah ‘Generosity’ iaitu seseorang yang pernah menderma kepada St. Jude Children’s Research Hospital bermula bulan Februari 2021. Orang ketiga ni akan terpilih melalui undian atau juga cabutan bertuah. Manakala insan keempat ialah ‘Prosperity’ iaitu antara usahawan penuh inspirasi yang telah menggunakan Shift4Shop (sebuah syarikat penyelesaian laman web dan e-commerce milik Jared) untuk melancarkan perniagaan impian mereka.

Apabila kesemua nama bertuah diumumkan, mereka akan menjalani beberapa sesi latihan atau persediaan sebelum memulakan perjalanan mereka mengelilingi orbit pada bulan Oktober, 2021 kelak. Mereka dijangka akan menaiki Crew Dragon Resilience milik SpaceX dan akan menjadi misi ruang angkasa di dunia yang membawa hanya orang awam di atas kapal. Sebelum ni hanya angkasawan je yang boleh ‘melancong’ ke ruang angkasa kan. Kali ni kasi can pada orang awam pula.

Sumber imej: cnbc.com

 

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *