Sembang Macam Kaya Tapi Datang Isi Minyak Di Malaysia Sampai Henjut Kereta

Sumber imej: theindependent.sg

Entah kenapa. Asal orang Singapura isi minyak kereta di Malaysia je, mesti lama. Mana taknya, pelbagai jenis aksi kita boleh tengok. Dari henjut atau goncang kereta konon nak penuhkan tangki minyak, sampai la sanggup tukar no plat kereta semata nak isi minyak Ron 95.

Sumber imej: straitstimes.com

Aik? Sembang kencang sangat kata duit besar? Itu pun berkira ke? Patutlah ramai netizen kita bengang cakap sesetengah mereka ni, berlagak macam kaya tapi bila isi minyak macam pengemis? Itu netizen la yang cakap.
Ini bukan sekali dua kantoi. Tapi dah banyak kali sangat. Bagi masyarakat yang memang menetap di Johor Bahru, aksi macam ni dah memang kerap kali sangat terjadi di stesen minyak di sana. Sekali fikir macam kelakar pun ada. Datang negara orang yang mana harga minyak dan matawang lagi rendah, tapi masih lagi buat perangai pelik.

Sumber imej: says.com

Malah, agak normal bagi warga sana untuk isi minyak di Malaysia sehingga setengah jam! Walhal, tindakan macam tu sia-sia je kalau ikut mekanik berpengalaman. Tapi sayangnya perangai macam ni sekarang dah berjangkit kepada sesetengah rakyat Malaysia sendiri.

Siapa pernah nampak orang depan isi minyak, lepas tu goyang-goyang kereta sampai nak tercabut bonet kereta? Senang cerita, ambik angkut je la pam minyak tu dengan stesen minyak sekali. Kan senang.

Sumber imej: alerttvmalaysia.com
Sumber imej: carigold.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *