SELUDUP PETROL DI KELANTAN MENGGUNAKAN KERETA WAJA AKHIRNYA TERBONGKAR JUGA

Taktik terbaru sindiket penyeludupan petrol dengan menggunakan kenderaan dan nombor pendaftaran Malaysia sebelum mereka menghantar bekalkan ke Thailand. Warga Thailand tidak asing yang menjadi dalang dalam sindiket ini, mereka menggunakan kereta Proton Waja memandangkan tangki petrol didakwa lebih besar berbanding kenderaan lain. Mereka juga dikatakan sanggup membeli kenderaan ini dari Malaysia semata-mata untuk tujuan berkenaan, dengan sekurang-kurangnya tiga kenderaan untuk kegiatan menyeludup petrol. 

Ketika tinjaun oleh pihak Harian Metro selama tiga hari, di kawasan sempadan Rantau Panjang mendapati seawal jam 7 pagi sebaik Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) dibuka, lebih 30 kereta Proton Waja dari Thailand masuk ke Rantau Panjang dari Thailand. Tidak sampai 15 minit, kenderaan sama sudah kelihatan masuk semula ke Rantau Panjang dan menuju ke destinasi sama iaitu stesen minyak. Dan dalam tempoh satu jam, ada Proton Waja sudah mendapat sekurang-kurangnya tiga ‘trip’ untuk mengisi minyak petrol dengan ada dalam kalangan mereka adalah pemandu wanita. 

Tidak hairan lah pergerakan mereka cukup pantas, rupanya dikatakan ada ‘bantuan’ daripada pekerja stesen minyak dan beberapa pam petrol di stesen berkenaan dikhaskan untuk sindiket berkenaan. Seorang penyeludup yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 49, berkata, situasi warga Thailand menggunakan kenderaan dan nombor pendaftaran negara ini untuk kegiatan penyeludupan minyak semakin berleluasa. Menurutnya kini, mereka tidak perlu bersusah payah untuk membawa bekalan menerusi Sungai Golok, sebaliknya hanya menggunakan kenderaan Malaysia dan sebaik mengisi penuh minyak petrol, mereka akan masuk semula ke Thailand dan mengeluarkan petrol terbabit sebelum kembali ke semula ke Malaysia. 

“Pada masa sama, tujuan kenderaan tidak diubah suai adalah bagi mengelak kenderaan dirampas pihak KPDN sekiranya kegiatan penyeludupan petrol itu berjaya dikesan.

“Boleh dikatakan sekurang-kurangnya lima hingga 10 trip untuk sebuah kereta akan dapat dilakukan setiap hari dan kegiatan ini akan berhenti seketika sebaik mengesan kehadiran anggota KPDN.

“Bayangkan jika satu sindiket mempunyai lima kenderaan dan berapa banyak petrol dibawa ke Thailand setiap hari,” katanya.

Ahmad turut mendakwa, mereka tidak berdepan masalah untuk mengisi minyak penuh sekiranya ‘line clear’ kerana kegiatan itu turut dibantu pekerja di stesen minyak.

“Kaedah menggunakan kenderaan dan nombor pendaftaran Malaysia adalah paling berkesan memandangkan pihak berkuasa sukar untuk mengambil tindakan berbanding kaedah sebelum ini menggunakan kenderaan Thailand,” katanya.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.