SELESAIKAN MASALAH TRANSMISI CVT DENGAN X-1R

Idea asal di sebalik Continuously Variable Transmission (CVT) sebenarnya agak mudah untuk difahami. CVT ialah rantai yang bergerak di antara dua takal beralur dengan sistem penggerak hidraulik yang membolehkan julat nisbah lebih berkesan dan lancar.

Tidak seperti transmisi konvensional atau seperti kebanyakan transmisi automatik, CVT sebenarnya ibarat tidak mempunyai gear. Malah, kebanyakan pengeluar menggunakan beberapa bentuk CVT untuk membantu mereka mencapai sasaran penggunaan bahan api keseluruhan yang lebih bagus seperti yang ditetapkan oleh ramai pihak di seluruh dunia.

Namun begitu, walaupun CVT kelihatan lebih bagus daripada transmisi tradisional atau transmisi automatik, ia masih mempunyai kelemahan tersendiri. Antaranya ia boleh menyebabkan kesan bunyi dan getaran (lebih-lebih lagi semasa memecut) yang membuatkan transmisi CVT berasa lembap dan tidak mantap.

Antara masalah lain yang sering dihadapi oleh pengeluar adalah CVT juga nyata hanya mampu memberikan perbatuan yang rendah (low mileage). Ini kerana CVT sering menghadapi kegagalan dari segi mudah haus dan lusuh pada sistem rantai yang sering berubah sehingga menyebabkan ia hilang kuasa, getaran yang lebih kuat dan juga mengeluarkan bau yang agak busuk. Maka tidak hairanlah jika ada laporan yang tidak disahkan bahawa pengeluar seperti Nissan telah terjejas teruk kerana menggunakan CVT selain beberapa pengeluar lain termasuk Toyota, Mitsubishi, Mazda, Honda serta Subaru.

Jadi, adakah anda menggunakan kenderaan dengan transmisi CVT? Maka sudah tentu anda mengalami masalah-masalah yang dinyatakan di atas bukan?

Apa kata anda selesaikan masalah CVT dengan hanya menggunakan produk Rawatan Trasmisi CVT Premium daripada X-1R. Produk ini merupakan rawatan kepada cecair CVT sintetik sepenuhnya yang telah dirumus khas untuk meningkat prestasi, mengurangkan masalah haus dan lusuh dan juga beberapa masalah lain berkaitan CVT. Antara ciri dan faedah lain termasuk:

  1. Memanjangkan kestabilan pengoksidaan cecair penghantaran.
  2. Meningkatkan jangka hayat CVT.
  3. Meningkatkan penjimatan bahan api.
  4. Mengurang geseran secara mendadak.
  5. Mengurangkan masalah haus dan lusuh.
  6. Membaiki pengendap untuk perlindungan kebocoran yang lebih baik.
  7. Meningkatkan kapasiti tork.
  8. Meningkatkan perlindungan anti-getar.

Kalau anda rasa kereta anda memerlukan rawatan CVT dengan lebih mantap, apa kata anda lihat sendiri di laman web X1R & boleh beli secara online di Shopee X1R

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.