Sekumpulan ‘Racer’ Muda Berhenti di Tengah Highway Semata-Mata Nak Selfie

Sumber imej:: thesun.co.uk

Betul la orang kata, kalau tak boleh memudahkan, jangan menyusahkan. Seperti kejadian terbaru di Greater Manchester, sekumpulan racer muda yang berkonvoi ramai-ramai telah memberhentikan kereta mereka di tengah-tengah highway semata-mata nak selfie. Aduh! Memang jem teruk la. Konon nak berlagak cool, sekali semua orang gelar mereka sebagai bodoh. Kah!

Sumber imej: dailymail.co.uk

Selfie tepi jalan dah la. Ni dah la dia tutup 3 lane jalan tu. Sekali emergency lane pun dia tutup jugak. Siap keluar dari kereta masing-masing, panjat bumbung kereta demi nak dapat shot terbaik. Kalau anda semua nak tahu, aktiviti ni telah dimulakan oleh seorang Youtuber terkenal di sana iaitu DMODeejay. Kalau tengok gambar kat atas pun boleh nampak dia yang sedang berdiri paling depan. Cool sangat la tu ek?

Sumber imej: dailymail.co.uk

Pihak polis belum lagi menahan mana-mana yang terlibat. Mengikut Youtuber tersebut, mereka tiada niat untuk sengaja berhenti. Katanya lagi, kereta miliknya telah mengalami masalah ‘overheat’ dan rakan-rakannya yang lain cuma berhenti untuk memberi ‘sokongan padu’ kepadanya.

Sumber imej: dailymail.co.uk
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *