Seksi Ke Seksa? Ramai Kata Trend Ni Pelik, Tapi Ramai Juga Yang Buat

Source: motoqar.my

‘Car Culture’ bagi peminat kereta di seluruh dunia ni ibarat aliran fesyen. Digilai ramai walaupun ramai yang kecam. Macam kita tengok fesyen Lady Gaga pakai baju dibuat dari daging mentah di 2010 MTV Music Awards. Mak cik bawang kata tu membazir. Baik buat BBQ. Orang fesyen kata tu adalah unik. Macam ni:

Source: cosmopolitan.com

Ha…macam tu la jugak pendapat manusia yang gila trend kereta pelik ni. Tapi apa pendapat anda? Benda ni seksi ke seksa untuk dipandang? Vrooommm…

“TREND TAYAR KANGKANG

Source: mekanika.com.my

Kalau korang jumpa manusia jalan terkangkang korang pandang semacam. Tapi bagaimana pulak kalau kereta tayar terkangkang? Mungkin agak ‘seksi’ bagi pandangan peminat tapi agak ‘seksa’ bagi pemandu sebab posisi kereta yang agak rendah dan tayar seolah terseret dan berat. Asalnya, kereta jenis ni digunakan untuk pertunjukan, bukan untuk kegunaan harian. Tapi bersepah je kereta di jalan raya Malaysia yang minat ‘trend kangkang’ ni. Dari dulu memang JPJ buru kereta jenis macam ni dan saman yang boleh dikenakan pun agak tinggi iaitu sebanyak RM300. Saman tetap saman. Termasuk la kalau korang kata tayar tu jadi terkangkang sebab semalam The Hulk hempap kereta korang daripada atas sampai rim pun terpenyet keluar.

Source: rmunger.wordpress.com

Is This the Best Car Wrap For Hot Weather?

This Woman “Stinks” So.

 

TREND GANTUNG PATUNG MAINAN

Source: beritamaster.blogspot.com

Anda tahu tak maksud anak patung yang digantung kat bawah bumper belakang kereta? Anak patung tu biasanya dibiarkan terbuai-buai dekat ekzos, sampai warna pun dah macam kelabu asap. Asal-usul trend ni sebenarnya dari negara Jepun dan lebih dikenali sebagai ‘drift charm’. Kononnya kalau seseorang tu adalah ‘drifter’ yang hebat, maka posisi patung tu semakin rapat dengan jalan. Tapi kalau di Thailand, ‘trend’ ini dikatakan muncul untuk menghalau roh mangsa kemalangan. Bagi mereka, apabila melalui kawasan yang pernah ada orang maut akibat kemalangan jalan raya, maka roh yang ada di situ akan lebih tertarik untuk bermain dengan anak patung tersebut. Jadi, roh tu takde la usik si pemandu. Kalau kat Malaysia biasanya banyak terjumpa patung tergantung di belakang lori. Takkan la lori minat drift? Ke nak halau hantu sebab mereka selalu ‘travel’? Atau mungkin juga sekadar suka-suka. Kan macam comel je tu. Tak kisah la kalau minat, asal jangan gantung patung Annabelle sudah la!

Source: forbes.com

TREND SPOILER GERGASI

Source: smithslawyers.com.au

Nak jemur kain ke nak gantung piring Astro? Agak lega sebab trend ni dah agak suam-suam kuku. Antara sebab utama orang bijak pandai letak spoiler sebab nak bagi tambahan ‘downforce’ sekiranya dilaras dengan betul semasa berlumba. Kalau pelumba professional, mereka tahu saiz dan kapasiti tertentu. Tapi kalau bagi peminat yang untuk suka-suka, bentuk dan saiz spoiler dah melampau sangat. Itu bagi pendapat kami la. Mungkin mereka lebih tahu dan kreatif dalam menggunakan spoiler tersebut. Untuk dijadikan meja makan? Mungkin.

Source: ign.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *