Sekolah Ini Dipuji Sebab Ajar Murid Perempuan 11 Tahun Cara Tukar Tayar Kereta

Sumber imej: shareably.net

Sekolah di seluruh dunia memang banyak membantu pelajar mereka tentang subjek asas seperti matematik, bahasa, sains, fizik, kimia dan lain-lain. Namun malangnya kadang-kala subjek yang diajar itu sekadar ‘atas buku’ atau secara teori sahaja. Sehinggakan, perkara penting seperti ‘life skills’ sangat jarang diketengahkan.

Namun, sebuah sekolah di Sydney, Australia, iaitu Stella Maris College, baru-baru ni telah membuat sesuatu yang dipuji oleh masyarakat. Ini kerana mereka turut memberi ilmu kepada pelajar perempuan berusia 11 tahun tentang cara-cara untuk tukar tayar, cara periksa tekanan tayar, minyak hitam, termasuk apa yang harus dilakukan sekiranya terlibat dalam kecemasan di jalanraya.

Sumber imej: stellamaris.nsw.edu.au

Lebih hebat lagi, mereka kat sana siap diajar oleh pasukan Galmatic, iaitu sekolah khas yang turut menawarkan kos perbengkelan khususnya kepada kaum wanita dan remaja perempuan. Bagi mereka, wanita tidak hanya tertumpu kepada perkara yang sinonim dengan mereka seperti memasak dan bersolek. Malah, wanita pada zaman sekarang juga harus tahu selok-belok tentang cara menguruskan kereta masing-masing. Baru la boleh berdikari dan tak bergantung hidup pada lelaki semata-mata.

Sumber imej: greenlemon.me

Bagi kita, mungkin apa yang mereka buat ni biasa-biasa je. Tapi, tahukah anda kelas mereka ni telah mendapat liputan di seluruh dunia. Malah pihak Galmatic juga telah mengajar dan membantu lebih 100,000 remaja perempuan setiap tahun. Bukan kaleng-kaleng ni. Patut Malaysia pun ada kelas macam ni. Kalau tak sampai bila-bila orang kata kaum Hawa ni cuma reti bawak kereta, tapi bab maintenance dan benda asas semua fail. Malah, ada pula troll yang katanya perempuan yang reti parking reverse dan side parking ni adalah spesis jarang ditemui. Ha?

Sumber imej: facebook.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.