Sayang Kereta Tak? Tolong Ambil Insurans Bencana Alam Untuk Kenderaan Anda

Jika kita perasan, keadaan cuaca di Malaysia sekarang semakin tidak menentu dan di luar jangkaan. Selepas negara dikejutkan dengan bencana banjir pada tahun 2021 di Selangor, Februari 2022 pula melihat banjir yang melanda Pantai Timur. Bencana ini juga memperlihatkan kita tentang kerugian yang terpaksa ditanggung oleh mangsa banjir akibat kemusnahan harta benda termasuk tempat tinggal dan juga kenderaan yang ditenggelami banjir.


Biasanya kalau sebelum banjir, kebanyakan akan alihkan kenderaan mereka ke kawasan yang lebih tinggi bukan? Namun bagaimana pula jika kawasan tinggi itu pun turut ditenggelami banjir? Jadi, di sini memang sangat penting untuk kita ambil tahu tentang satu insuran perlindungan bencana alam untuk kenderaan anda. Ada yang sudah tahu tapi buat-buat tak tahu, dan ada juga yang belum tahu tentang wujudnya Special Perils Coverage untuk kenderaan anda.


Secara ringkasnya, Special Perils Coverage ialah satu bentuk perlindungan insuran untuk kenderaan anda akibat daripada bencana alam. Ini termasuk banjir, ribut taufan, tanah runtuh atau pokok tumbang. Sekiranya kenderaan anda terlibat dalam mana-mana musibah berkaitan bencana alam, maka anda tak perlu lagi pening kepala untuk membelanjakan wang dari poket sendiri untuk membaiki kenderaan tersebut. Sebab, semuanya ditanggung oleh pihak insuran.

Senarai di atas ialah kiraan atau harga yang dikenakan oleh pihak insuran kenderaan di Malaysia. Contoh mudah:

Proton Exora tahun 2012 – NCD 0 %

  • Kadar insuran yang dilindungi = RM 22,000
  • Insuran tahunan biasa = RM 881
  • Tambahan insuran bencana alam (JIKA pilih Insuran Allianz Malaysia 0.25%)
    = RM 881 + (0.25 % X RM 22,000)
    = RM 881 + RM 55
    = RM 963

Sumber imej: en.wikipedia.org

Sememangnya harga tambahan untuk insuran bencana alam ini bergantung kepada jenis kenderaan yang anda gunakan. Namun bayangkan dengan tambahan itu, anda mampu tidur lena dan tidak risau untuk mengeluarkan wang sendiri jika kenderaan anda ditimpa musibah daripada bencana alam. Ini kerana semuanya sudah ditanggung oleh pihak insuran.

Namun, harus ditekankan di sini, sebelum anda memilih insuran bencana alam yang mana harus anda ambik, lihat dahulu samada ianya FULL COVER atau LIMITED COVER. Kalau yang limited tu, faham-faham sahaja la; memang yang di tanggung pun LIMITED lah yea.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.