Sayang Kereta Anda? Jangan Lupa Untuk DECARBONISING Supaya Kereta Kekal ‘Muda’
Umum tahu yang menjaga kereta ni bukan mudah. Kita kena selalu pantau prestasinya dan yang paling penting jangan lupa untuk hantar ke pusat servis mengikut jadual. Lebih-lebih lagi pada kereta ‘tua’ yang dah pun mencapai mileage lebih daripada 6 angka.

Dengan pertambahan usia dan penggunaan, sudah tentu prestasi kereta anda akan semakin turun secara tidak langsung. Antaranya anda akan rasakan yang daya pecutan kereta pun jadi kurang, kereta mudah rosak serta kereta terasa seperti hilang ‘power’.
Walaupun kebanyakan kereta pada zaman ni mungkin mempunyai direct-injection engine, di mana petrol disembur terus ke ruang pembakaran untuk penggunaan bahan bakar yang lebih cekap atau efisien, namun harus diingatkan bahawa ia turut akan mengundang masalah lain tanpa kita sedari. Contohnya, walaupun terdapat pelarut bahan bakar yang digunakan untuk memastikan enjin tetap bersih, namun ia tetap akan menyebabkan carbon deposit pula yang bertambah.


Sekiranya terjadi masalah macam ni, kebiasaannya pihak pusat servis kenderaan anda akan mengesyorkan anda untuk melakukan DECARBONISING pada enjin kereta untuk melindungi dan meningkatkan prestasi kenderaan anda. Pada masa ni, jangan pula anda gunakan teknik ‘Kaedah Itali’ pulak yea. Orang yang suka guna kaedah ni selalu beranggapan bahawa mereka boleh membakar lebihan carbon deposit dengan cara menjalankan enjin kereta secara maksimum. Jangan memandai-mandai pula. Tak pasal-pasal kereta semakin rosak.
Sebenarnya perkara terbaik yang anda harus lakukan ialah melakukan DECARBONISING. Tapi produk apa yang terbaik? Sudah tentu 5-dalam-1 Petrol Decarboniser daripada X-1R! Kereta anda pakai diesel? Tiada masalah sebab 5-dalam-1 Diesel Decarboniser pun ada!
Jangan risau tentang keberkesanan produk ni tau, sebab X-1R sebenarnya sudah mempunyai pengalaman selama lebih 30 tahun dalam additive technology. Malah, pihak NASA (National Aeronautics and Space Administration) pun percaya pada kebolehan pada produk X-1R.
Selain itu, menurut Jeff Ketchledge daripada X-1R Corporation pula mengatakan bahawa kedua-dua produk ini sebenarnya additif kenderaan yang paling komprehensif dan pelbagai guna di pasaran untuk merawat sistem bahan bakar kenderaan anda. Malah, beliau turut yakin bahawa setiap atribut Decarboniser Five-in-One adalah dos kekuatan maksimum yang dirancang untuk mengembalikan prestasi ‘seperti baru’ kepada kenderaan anda!
Apa yang lagi menarik ialah bukan setakat mampu menghilangkan carbon deposit, malah ia juga berkesan untuk mengurangkan pencemaran air, mengurangkan pelepasan berbahaya (harmful emissions) dan juga meningkatkan Octane / Cetane dengan ketara. Apa tunggu lagi? Dapatkan produk ini sekarang juga.