Sanggup Buat Perkara Jelik Demi Kereta Idaman. No.4 Tu Sanggup Jual ‘Telur’ Sendiri
Sejauh mana anda sanggup buat demi mendapatkan kereta idaman? Setakat ikat perut atau makan Maggi demi kereta idaman, itu perkara biasa la. Ada lagi yang memang ‘rare’ sanggup dibuat orang termasuk jual anak sendiri semata nak memiliki kereta. Nak lagi pelik? Baca sampai nombor 4. Jual telur bhai…Bukan telur biasa-biasa bak hang.
1. Jual Anak Perempuan Demi Kereta Plymouth Laser 1992.
Seorang ibu berusia 45 tahun dari Georgia, Amerika Syarikat sanggup menjual anak perempuannya yang berusia 2 tahun demi memiliki kereta jenis Plymouth Laser Hatchback 1992. Kanak-kanak terbabit dijual pada harga AS$10,000 (RM41,000) kepada pasangan suami isteri, yang juga pemilik asal kereta tersebut. Namun, semuanya terbongkar apabila pihak hospital curiga dengan keadaan kanak-kanak terbabit yang dikatakan mengalami alahan. Mak jenis apa la si ibu kepada budak malang tu. Ingatkan hebat sangat kereta idaman dia. Sekali sanggup jual anak demi kereta tua. Hampeh.
2. Suami Sanggup Jual Anak Lelaki Demi Kereta Idaman Isteri
Seorang ayah dari China telah ditangkap polis pada tahun 2017 semasa dia cuba untuk menjual anak lelakinya yang berusia 5 bulan. Alasannya? Supaya dia mampu membeli kereta idaman isterinya. Semasa disoal siasat, lelaki bernama Zhang mengaku sanggup berbuat demikian kerana dia ingin menceraikan isterinya. Mengikut beliau, dia ingin mencari ‘rumah’ terbaik untuk anaknya sebelum bercerai. Harga jualan anak sendiri yang dia letakkan di internet? 80,000 yuan (RM 50,000). Yang tadi mak, yang ni ayah pulak yang gila.
3. Bunuh Pelajar Wanita Kerana Volkswagen
Kes yang mengundang kemarahan orang ramai apabila seorang gadis, yang juga pelajar di Cape Town, Afrika Selatan, telah dibunuh kejam oleh 4 lelaki zalim hanya kerana ingin memiliki kereta Volkswagen si mangsa. Mangsa telah dirogol bergilir-gilir oleh 4 lelaki berkenaan, sebelum lehernya ditikam dan kepalanya dihentak batu sehingga hancur sebelum suspek melarikan kereta mangsa. Kesian kan? Lebih teruk, selepas melarikan kereta mangsa, kesemua suspek sempat melakukan beberapa jenayah lain dengan menggunakan kereta mangsa sebelum berjaya ditangkap polis.
4. Lelaki Sanggup Jual Salah Satu ‘Telur’ Sendiri Demi Nissan Fairlady 370Z
Sanggupkah anda menjual organ badan sendiri demi kereta idaman? Mungkin anda yang waras tak sanggup. Tapi bagi seorang lelaki bernama Mark Parisi dari Los Angeles, Amerika Syarikat, segalanya mungkin. Termasuk menjual ‘telur kiri’ miliknya untuk tujuan penyelidikan. Nak selidik apa kalau nak jual pun sampai AS$35,000 (RM143,500). Rupanya, dia ingin menjual ‘organ’ tersebut demi memiliki Nissan Fairlady 370Z. Kalau di U.S.A, harga kereta tersebut dalam AS$30,000 hingga AS$45,000 (RM143,500 – RM184,500). Kalau tak cukup duit lagi, entah apa lagi yang sanggup lelaki ni jual. Anda rasa?