Saman RM2,000 Jika Berhenti Di Laluan Kecemasan Semasa Hujan Lebat

Pihak berkuasa telah mengingatkan pengguna jalan raya supaya tidak berhenti di laluan kecemasan untuk berteduh semasa hujan lebat. Jika degil? Anda mungkin akan dikenakan saman sehingga RM 2,000 atau penjara lebih enam bulan.

Untuk pengetahuan semua, peringatan itu dibuat selepas pengendali lebuh raya Prolintas telah menyiarkan kenyataan di media sosial yang mana mereka menggesa semua pengguna jalan raya terutama sekali kepada penunggang motosikal supaya tidak berhenti di laluan kecemasan untuk berteduh semasa hujan lebat.

Dalam kenyataan itu, pihak Prolintas menegaskan bahawa lorong kecemasan bukanlah lorong hentian, bukan tempat untuk perlindungan atau teduhan atau bukan juga lorong untuk motosikal. Menurut Seksyen 119 Akta Pengangkutan Darat 987 (APJ), sesiapa sahaja yang melanggar lorong kecemasan akan dikenakan tindakan. Ini kerana berhenti di lorong kecemasan boleh mengundang bahaya terutama sekali semasa hujan lebat. Malah, perbuatan tersebut juga boleh menghalang aliran lalu lintas serta meningkatkan risiko kemalangan.

Sumber imej: astroawani.com

Jadi, bagi semua pengguna jalan raya, khususnya penunggang motosikal, perlu merancang perjalanan mereka dengan sewajarnya dan mengelak daripada berhenti di lorong kecemasan. Maksudnya, kalau dah nampak langit gelap dan cuaca mendung, terus pakai baju hujan sebelum memulakan perjalanan. Sebab selalunya kita nampak ramai penunggang motosikal yang berhenti di lorong kecemasan untuk pakai baju hujan. Bahaya tu.

Sumber imej: prihatinspanco.com.my
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.