Sah Ke Lesen Memandu UNHCR?

Image source: Twitter.

Sepanjang musim PKP ni, banyak tular isu berkaitan etnik Rohingya yang menetap di Malaysia. Dulu panas dengan isu kad pengenalan palsu. Sekarang lesen memandu UNHCR pulak. Apa persamaannya? Persamaannya, dua-dua TIDAK SAH!

Mengikut pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), lesen memandu Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) yang digunakan ramai pemegang kad tersebut di negara ini sebenarnya tidak sah. Ianya selaras dengan Akta Pengangkutan Jalan 1987 di mana pemegang kad berkenaan sebenarnya tidak boleh memandu apa-apa jenis kenderaan motor di Malaysia.

Selain itu, pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) turut mengeluarkan kenyataan media beberapa hari lepas bahawa pemegang kad tersebut juga tidak mempunyai sebarang hak, status dan asas untuk meminta bantuan daripada kerajaan Malaysia. Bahasa senang, kerajaan kita tak iktiraf status pelarian mana-mana etnik yang masuk ke Malaysia sekaligus mereka diklasifikasikan sebagai Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI).

Sumber: bharian.com.my

Okay, memang kerajaan kata tak sah. Tapi masalahnya berlambak je pemegang kad UNHCR ni yang memandu kereta atau kenderaan bermotor yang lain. Kalau dulu mereka bukan main berani lagi tayang kad sana sini. Dia ingat kad tu kebal kot di Malaysia. Nah sekarang, satu Malaysia dah sedia maklum bahawa Malaysia ni bukan Negara Pihak kepada Konvensyen Status Pelarian 1951 atau Protokol Status Pelarian 1957.

Hm…disebabkan tular dan panas pasal isu etnik Rohingya minta hak dari kerajaan Malaysia, sekarang satu-persatu hal berkaitan mereka yang dikeluarkan. Kalau elok-elok perangai korang, orang tak la marah sangat. Ni sudah diberi betis nak paha pula. Macam-macam benda korang minta yea? Sekarang, jangan nak bangga bawak kereta sana-sini kalau hanya ada lesen UNHCR. Okay?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *