
Motor yang sentiasa ada peminatnya, tak kira peringkat umur. Boleh jadi umur sekitar 40an sekarang masih berminat dengan motor jenis ini. Tidak lupa juga para remaja, ada juga yang sanggup berhabis duit untuk memiliki motorsikal RXZ

image source – RXZ member official
Pada September 2024, telah berlangsungnya himpunan RXZ Members 6.0 di Terengganu, dan direkodkan lebih 80,000 peserta dari seluruh negara. Tapi bukan itu yang saya ingin sampaikan hari ini. Terdapat seorang remaja dari Kuala Terengganu terpaksa menanggung kerugian RM2,000 selepas menjadi mangsa penipuan pembelian motorsikal jenis ini, melalui aplikasi TikTok. Tidak pelik bukan kalau dah minat, semua benda boleh terjadi.
Remaja berusia 18 tahun itu mula melihat iklan jualan motosikal tersebut di aplikasi TikTok yang di anggarkan harganya sekitar RM4,000. Mangsa yang katanya bekerja sebagai buruh tertarik dengan iklan tersebut dan telah menghubungi suspek melalui WhatsApp dan menyatakan persetujuan untuk membeli motosikal itu.

image source – Arena Motor
Mangsa pula telah membuah pindahan wang sebanyak RM2,000 sebagai bayaran deposit ke akaun yang diarahkan pada jam 4 petang hari yang sama. Mangsa juga menyedari ditipu apabila merasa curiga selepas suspek meminta dia membuat bayaran penuh bagi pembelian motosikal tersebut. Mangsa terus membuat semakan ke atas akaun kedai tersebut dan mendapati ianya adalah scammer.
Jadi berhati-hati lah bila kita melihat iklan di media sosial. Jangan terlalu percaya dengan tipu daya scammer.