Rider Penghantaran Boleh Beli Motosikal Baru & Buat Modal Pusingan: Mohon Tekun Mobilepreneur 2.0

Sumber imej: xtra.com.my

Bukan semua orang mampu atau lahir dalam kesenangan kan? Sama juga dengan rider berdaftar dengan syarikat e-hailing seperti Foodpanda, Grab, Lalamove, Bungkusit, MyMakan, Mrspeedy atau Zeptoekspress. Ada sesekali tengok rider pakai motosikal baru. Sesekali hati jadi pilu bila terjumpa rider yang pakai motosikal yang agak ‘berusia’. Tapi tak apa, demi mencari sesuap rezeki yang halal. Berpanas atau hujan pun sanggup redah. Kan?

Jadi, usaha terbaru kerajaan di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi iaitu dengan memperkenalkan Tekun Mobileprneur 2.0 sekarang memang terbaik bagi membantu golongan rider ni untuk mendapatkan pembiayaan maksimum sehingga RM 10,000 untuk memiliki motosikal baharu dan modal pusingan. Program ni bakal dilancarkan pada 7 Julai 2020 dan semua rider berdaftar dengan syarikat e-hailing yang sah boleh memohon mengikut syarat yang ditetapkan.

Sumber imej: edubestari.com

Di bawah ni syarat-syarat yang ditetapkan:
• Warganegara Malaysia, berumur 18 hingga 60 tahun, bukan seorang muflis, ada surat lantikan sah dari syarikat e-hailing berdaftar, ada motosikal sendiri yang berdaftar dan sah, terlibat secara fulltime atau part-time, patuh garis panduan Kementerian Pengangkutan Awam (MOT) serta pemohon dapat surat sokongan (disyorkan) oleh syarikat e-hailing.

Di bawah ni pula senarai lengkap dokumen yang rider semua perlu sediakan untuk buat permohonan:
1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan)
2. Gambar ukuran passport
3. Borang permohonan pembiayaan (JPP01 & JPP02) – boleh dapatkan di laman web https://www.tekun.gov.my/ms/inisiatif-tekun-covid19/borang-permohonan-mobilepreneur/
4. Salinan buku bank / penyata bank pemohon
5. Salinan bil utiliti (elektrik / telefon / air)
6. Surat sokongan syarikat e-hailing
7. Salinan lesen memandu (B1/B2 yang sah)
8. Salinan geran motosikal pemohon
9. Salinan cukai jalan motosikal yang sah
10. Peta lokasi rumah dari pejabat TEKUN berdekatan
11. Gambar pemohon bersama motosikal (selfie dengan motosikal kena nampak nombor pendaftaran motosikal tu yea)

Sumber imej: malaymail.com

Macam mana? Cukup mudah bukan? Kalau anda nak tahu dengan lebih lanjut, anda boleh layari sendiri laman web TEKUN Nasional di www.tekun.gov.my. Paling penting, semua permohonan mesti dibuat sendiri yea. Kalau ada sesiapa yang mengaku mereka ialah ejen atau wakil kerajaan, tolong jangan percaya. Sebab tiada ejen atau wakil yang dilantik oleh pihak TEKUN untuk mengendalikan urusan permohonan TEKUN Mobilepreneur ni. Kalau ada pihak cuba menipu, rider sekalian boleh lapor kepada pihak berkuasa. Dia ingat dia tu Ejen Ali? Eh..

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *