Rezeki ‘Abang Viva’. Ada Nak Hadiahkan 4X4, Sekali Dapat Superbike

Sumber imej: kosmo.com.my

Nama Abang Viva memang sangat popular sejak bencana banjir teruk yang melanda negara akhir tahun lepas. Keikhlasannya membantu setakat termampu membuktikan kita tak perlu jadi ahli politik untuk membantu masyarakat, atau tak perlu jadi orang kaya untuk bersedekah. Maka tidak hairanlah jika segala kebaikan yang dilakukan oleh beliau mendapat balasan yang baik. Di mana ramai individu yang tampil untuk menghadiahkan Abang Viva, atau nama sebenarnya Azwan Omar, dengan kenderaan baharu.

Sumber imej: suaramerdeka.com.my

Minggu lepas ada seorang usahawan yang ingin menghadiahkan Abang Viva dengan kenderaan jenis 4X4 namun desas-desus mengatakan bahawa hadiah itu ditolak oleh Abang Viva kerana beliau tak mahu digunakan untuk tujuan pemasaran pihak tertentu. Bukan menolak rezeki, tapi mungkin ada sebab tertentu yang membuatkan Abang Viva tak mahu menerima hadiah tersebut.

Tetapi, rezekinya untuk mendapat kenderaan baharu tidak berhenti di situ kerana ada seorang lagi individu yang tidak mahu dikenali telah menghadiahkan Abang Viva dengan sebuah superbike jenis Yamaha XJ6 Diversion! Superbike yang bernilai lebih RM 30,000 itu dibeli oleh individu terbabit secara tunai sebelum memberikan amanah kepada Pengarah ICITY Motorworld Sdn Bhd untuk menyerahkan superbike itu kepada Abang Viva.

Sumber imej: kosmo.com.my

Walaupun terkejut dan terharu dengan pemberian itu, Abang Viva turut mengucapkan syukur di atas segala pemberian dan hadiah yang diberikan kepadanya. Beliau turut menegaskan segala bantuan yang dilakukan olehnya dalam membantu mangsa banjir baru-baru ini adalah secara sukarela dan tidak mengharapkan habuan atau pengiktirafan. Kisah Abang Viva memang patut menjadi satu contoh, di mana dengan berbekalkan wang RM 50 dan menaiki sebuah kereta Perodua Viva yang diikat dengan bot, dia sanggup turun ke Shah Alam untuk membantu mangsa banjir.

P/S: Ini baru contoh orang ikhlas membantu mangsa banjir, bukan macam setengah orang tu yang buat kerja sambil dikelilingi puluhan jurugambar. Konon nak tunjuk pada satu dunia yang dia membantu. Kan?

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *