Rentas Negeri Ditangguhkan. Rakyat Marah, Sedih
Dalam dingin subuh, hatiku terusik,
Kenang nasib diri di rantauan,
Bergema takbir raya menitis air mata,
Terbayang suasana permai desa…
Jika dahulu, lagu raya Allahyarham Sudirman Dari Jauh Kupohon Maaf merupakan antara lagu raya yang sering kita dengar semasa sambutan hari raya bersama sanak saudara. Namun sekarang, kalau ada radio yang pasang lagu ni, sebak di dada tu rasanya macam nak bakar radio. Sebab apa? Sebab Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengumumkan cadangan untuk menangguhkan kebenaran rentas negeri bagi menyambut Aidilfitri tahun 2021 susulan pandemik Covid-19. Secara langsung, ia memberi gambaran bahawa Raya tahun ni akan sama macam tahun 2020 – Raya di rumah masing-masing sahaja.
Maka tiada lagi suasana seperti dulu, di mana orang berpusu-pusu untuk balik kampung. Jem sehingga 22 jam pun kita sanggup redah. Bas pun kita sanggup panjat. Kan?
Kita sebagai rakyat biasa mungkin akur dengan cadangan itu. Namun tidak kurang juga saling menyalahkan sesama sendiri, terutamanya golongan artis dan Instafamous yang seringkali upload video atau gambar mereka sesuka hati merentas negeri atas alasan ‘business’. Namun gambar yang dikongsi macam berbulan madu je? Golongan macam ni lah yang buat orang marah. Orang lain bukan main susah nak merentas negeri. Kalau bagi alasan ibu atau ayah sakit di kampung pun, mesti sertakan sekali surat doktor.
Jadi, sebab tahun 2021 ni pun kita tak dapat rentas negeri untuk pulang beraya di kampung halaman, apa kata kita buat ‘throwback’ dengan melihat gambar jalanraya dulu-dulu sepanjang sebelum sambutan hari raya di Malaysia.
Suasana waktu subuh. Solat di tepi highway. Tapi jadi perdebatan warganet kerana kononnya mengundang bahaya.
Bapa anak tiga sanggup redah ratusan kilometer dengan menaiki motosikal untuk pulang beraya.
Seorang lelaki turut membawa pulang kucing kesayangan membonceng motosikal untuk pulang ke kampung halaman demi menyambut Hari Raya.
Seorang lelaki ditemui sanggup berjalan kaki dari Kuala Lumpur ke Kelantan untuk menyambut Hari Raya akibat kesempitan wang. Tapi bila jalan jem macam ni, jalan kaki lagi laju sebenarnya. Kan?