Ratusan Petani Borong Kereta Walaupun Tiada Lesen
Beberapa penduduk di Desa Sumurgeneng, Tuban, Jawa Timur, Indonesia telah mendapat durian runtuh selepas mereka menerima wang pampasan sehingga Rp 26 juta (RM 7.6 juta) daripada PT Pertamina (Persero) untuk Projek New Grass Rooot Refinery. Kiranya, setiap petani itu menjadi kaya-raya selepas tanah mereka dibeli oleh pihak PT Pertamina, selaku perusahaan minyak dan gas milik negara terbesar di Indonesia.
Mengikut ketua kampung Sumurgeneng, Gianto, sebanyak 176 unit kenderaan termasuk kenderaan mewah telah ‘diborong’ oleh para petani yang menjadi jutawan segera itu. Malah, ada juga antara mereka yang membeli sehingga 2 atau 3 buah kereta sekaligus. Ada yang kata sebelum dapat wang pampasan bukan main menolak keras projek mega tu. Tapi selepas dapat wang pampasan mereka siap borong kereta lagi. Antara kereta pilihan mereka termasuk Toyota Innova, Toyota Fortuner, Honda Jazz, Honda HRV dan Mitsubishi Pajero.
Lagi memeranjatkan, ramai golongan petani yang membeli kereta itu sebenarnya bukan setakat tiada lesen, malah ada juga yang tidak tahu memandu kereta. Patutlah ramai pakar ekonomi yang bimbang dengan cara para petani itu berbelanja. Ini kerana rata-rata antara mereka lupa bahawa walaupun mereka mendapat wang yang banyak, namun tanah mereka sudah tergadai selain mereka juga hilang sumber pendapatan tetap. Terbaru, ramai antara para petani mula menyuarakan rasa menyesal kerana bersetuju menjual tanah milik mereka.
Itulah, nak membeli itu tidak salah. Tapi biar kena dengan kegunaan. Buat apa beli kereta banyak-banyak kalau nak guna pun tak reti. Kan?