Ramai Sanggup Jual Balik Motosikal Baharu Serendah Kurang RM1,000

Sumber imej: pinterest.com

Agak mengejutkan apabila ramai pemilik kedai menjual motosikal di Pulau Pinang yang mendakwa saban hari mereka didatangi oleh golongan pelanggan yang mahu menjual semula motosikal mereka, termasuk yang baharu, demi menampung kehidupan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Antara motosikal yang paling banyak ingin dijual balik adalah jenis Yamaha LC, 125Z, Honda EX5, Modenas, Honda Wave serta Lagenda. Malah, pemilik kedai turut menjelaskan bahawa sesetengah golongan yang terdesak akan sanggup menjual motosikal mereka walaupun dengan harga serendah kurang RM1,000.

P/S: Pada yang masih ada kerja dan sumber pendapatan tetap di musim pandemik ni kenalah selalu bersyukur.

Mungkin bagi sesetengah dari kita akan tanya kenapa nak jual sampai bawah RM1,000 sedangkan harga motosikal itu mungkin jauh lebih tinggi daripada itu? Tapi sedarkah anda yang golongan ini sebenar sudah dalam fasa terdesak. Ingat senang ke nak lepaskan sesuatu yang kita sayang? Lagi kesian, kebanyakan mereka yang terdesak ini adalah golongan B40 yang dibuang kerja, sudah berumah tangga termasuk golongan emas berusia 60 dan ke atas.

Sumber imej: utusan.com.my

Selain itu juga, pemilik kedai turut kongsikan bahawa selain menjual balik motosikal kesayangan dengan harga yang jauh lebih murah, ada juga antara mereka yang memajak atau cagar geran motosikal mereka dalam tempoh bawah setahun termasuk kadar faedah kurang daripada 10 peratus.

Sumber imej: eratuku.com

Lantas teringat pada kisah tular tahun lepas yang seorang lelaki ni terpaksa jual tudung dengan tulisan di kadbod ‘saya jual tudung sebab nak beli susu & pampers anak’. Luluh hati tengok kesungguhan seorang bapa ni.

Sumber imej: mstar.com.my
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *