Ramai Pengembara Maut Angkara Bus Yang Terbengkalai Dalam Hutan Ni

Sumber imej: cnn.com

Ada sebuah bus ni selalu digunakan pada tahun 1940an. Namun, selepas jalan utama siap pada tahun 1960an, bus tu dibiarkan terbengkalai di Taman Negara Denali, Alaska. Kini ‘Bus 142’ atau ‘Magic Bus’ tu berada berdekatan Sungai Teklanika dan dikelilingi oleh semak dan hutan.

Namun apa yang buat bus ni sangat terkenal?

Sumber imej: gravereviews.com

Jika anda melihat pada gambar di atas, itulah Christopher McCandless. Dia merupakan seorang lelaki yang menghabiskan masa hayatnya selama 112 hari di dalam bus tersebut, semasa dia mengembara mencari makna kehidupan selama dua tahun. Jauh dia cari makna kehidupan kan?

Namun sayangnya pada bulan September 1992, ada sekumpulam pemburu yang melalui kawasan bus tu menemui mayat McCandless di sana. Si mati tu baru je berusia 24 tahun. Pada masa yang sama, mereka turut menemui buku catatan perjalanan Christopher yang diberi nama Into The Wild di mana ianya telah diterbitkan pada tahun 1996. Pada tahun 2007 ada sebuah filem lakonan Emile Hirsch, arahan pelakon Sean Penn bertajuk Into The Wild diterbitkan.

Sumber imej: amazon.com

Dalam filem ni, kita dapat lihat apa yang sebenarnya berlaku dan bagaimana McCandless menemui ajalnya. Dia sebenarnya meninggal dunia di dalam bus tu akibat kebuluran, kerana terperangkap di tengah aliran sungai yang sangat deras sehingga menghalangnya untuk pulang ke bandar.

Jadi, cerita yang diadaptasi dari kisah benar ni telah menjadi sangat popular sehingga ramai orang yang memuji kecekalan McCandless ni. Gara-gara nak rasai sendiri pengalaman sama yang dialami olehnya, maka ramai pengembara seluruh dunia pun tiru jejaknya dan melakukan perjalanan ke Taman Negara Denali demi mencari bus buruk Into The Wild. Konon nak cari makna kehidupan sendiri la. Tapi mereka tak sedar perbuatan mereka tu sangat berbahaya.

Sumber imej: cnn.com

Disebabkan bus tu dikatakan menjadi punca para pengambara sanggup membahayakan nyawa sendiri, maka pihak berkuasa telah memutuskan untuk mengalihkan bus tu dengan menggunakan sebuah helikopter CH-47 Chinook pada bulan Jun lepas. Bukan setakat demi menyelamatkan nyawa bakal pengembara yang terlalu taksub pada kisah hidup McCandless, tapi misi menyelamat dengan kos yang sangat mahal pun dapat dikurangkan.

Sebenarnya, ramai antara mereka yang nak meniru McCandless dan mencari makna kehidupan dekat bus tu. Namun sayangnya ramai yang mencari erti kehidupan tu pun menemui saat kematian di sana. Ironi sangat kan? Mati semasa cari erti kehidupan.

Sumber imej: businessinsider.com

.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *