Ramai Bengang Dengan Tony Fernandes. Gaji Pekerja Lambat, Refund Tak Bayar Tapi Bos AirAsia Boleh Beli Tesla Y Bernilai RM230K?
Sempena Hari Kemerdekaan Ke-64, CEO AirAsia iaitu Tony Fernandes telah memuat naik sekeping gambar swafoto bersama sebuah kereta Tesla Y yang bernilai RM 230,000. Mungkin niat asal usahawan berusia 57 tahun itu adalah untuk menunjuk kereta terbarunya, namun lain pula yang jadi apabila ramai netizen yang mula bengang. Dah kenapa?
Rata-rata komen yang diberikan netizen datangnya daripada pelanggan dan pekerja AirAsia sendiri, dimana ramai mempersoalkan kenapa Tony Fernandes mampu membeli kereta mahal tapi gaji pekerja pula lambat. Bagi pihak pelanggan pula, ramai tak puas hati kerana ada yang sampai setahun masih belum mendapat duit bayaran balik (refund) daripada tiket penerbangan yang terpaksa dibatalkan. Oh, tang diri sendiri masyuk, tapi tang duit orang buat-buat lambat ek? Patut la ramai yang marah.
Bayangkan sejak tahun 2020, sebanyak 10 peratus daripada 24,000 pekerja AirAsia telah diberhentikan kerja termasuk krew kabin dan juruterbang. Malah, kesan daripada wabak Covid-19 juga menyebabkan syarikat tambang murah itu terpaksa membatalkan tiket penerbangan dan membuat bayaran balik (refund) kepada pelanggan mereka. Tapi malangnya setahun lebih pun ada ramai lagi yang masih belum dapat refund. Patutlah ada orang kata musim pandemik ni memang mencabar, sebab ternyata yang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin.
Tapi cerita terbaru keluar katanya Tony Fernandes dah edit balik kapsyen dia kat Instagram. Dia tambah perkataan ‘Rented’. Betul ke hanya disewa? Atau sebab nak cover kantoi?