Rakyat Miskin Tapi Raja Ni Boleh Miliki 19 Rolls-Royce, 120 BMW Dan 15 Isteri!

Source: briefly.co.za

Kalau dilihat pada hartanya, raja ni persis T’Challa iaitu Raja Wakanda dalam movie Black Panther dan Avengers. Namun jauh panggang dari api, sebab Raja Swaziland, iaitu Raja Mswati ni, ialah seorang raja yang hanya suka memewahkan diri sendiri. Bukan level T’Challa ni, tapi T’Luka. Kenapa? Sebab mengikut sumber, raja ni telah menghabiskan sehingga lebih £ 13 Juta (RM 70 juta) hanya untuk membeli 19 Rolls-Royce dan 120 kereta jenama BMW! Ingat kereta je ke banyak? Bini pun ramai ni, sampai 15 orang! Hah!

Source: mwakilishi.com

Disebabkan hal tersebut, beberapa ahli politik pembangkang telah menuduh raja ini sebagai pemboros, sombong dan bukan seorang raja berjiwa rakyat. Mana tak nya, kalau rakyat sendiri pun ramai yang ibarat kais pagi makan pagi kais petang makan petang, tapi si raja sesuka hati menggunakan wang dengan sewenang-wenangnya. Bahkan, mengikut berita yang dipetik dari Dailymail UK, sifat boros Raja Mswati dengan ketagihannya untuk membeli kereta ni telah mencetuskan kemarahan rakyat di negara Swaziland. Lebih menyedihkan, rakyat negara tersebut ramai yang hanya mempunyai pendapatan kurang dari US$ 1 (RM 4.15) sehari.

Source: dailystar.co.uk

Di saat rakyat kelaparan, pekerja kerajaan tidak mendapat gaji mencukupi selama 3 tahun berturut-turut, serta sistem pendidikan dan kemudahan kesihatan yang yang merudum, Raja Mswati masih mampu memiliki 2 jet peribadi serta menambah koleksi 19 Rolls-Royce dan 120 BMW untuk diberikan kepada 15 isteri, ibu mertua dan juga 23 orang anak-anaknya.

 

Kereta tu semua bukan dia beli satu-satu tau, tapi dia beli borong! Malah gambar yang diambil oleh beberapa sumber di sana turut menunjukkan beberapa kereta mewah tiba ke negara itu dan dihantar oleh lori muatan kepada satu ‘destinasi’. Destinasi mana? Mana lagi kalau bukan ke istana Raja Mswati.

Source: zwnews.com 
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *