Putera Adam Muncul Juara Lagi Sekali. Terus Cetus Sensasi Walaupun Baru Berusia 17 Tahun.

Pelumba muda negara, Putera Adam Halim, 17 tahun terus mencipta sejarah dalam dunia perlumbaan apabila beliau semakin mendominasi arena sukan perlumbaan empat roda. Bermula daripada arena go-kart sejak beliau kecil, kini tumpuannya beralih kepada perlumbaan Saloon Car dan sudah menyertai beberapa perlumbaan antarabangsa termasuk Vios Sprint Cup, Toyota Gazoo Racing Festival, Thailand Super Series dan Sepang 1,000KM untuk musim 2023.

Sumber imej: thestar.com.my

Terbaru, beliau sekali lagi mencipta sensasi apabila muncul sebagai juara bagi kelas Supercar GTC di pusingan kedua di Thailand Super Series. Dalam pusingan kedua Thailand Super Series yang berlangsung di Litar Bangsaen, Chonburi, Thailand, beliau yang mewakili pasukan AAS Motorsport berjaya mengalahkan pelumba lain dengan kelebihan satu pusingan lantas muncul sebagai juara.

Sumber imej: facebook.com

Menurut jejaka dari Subang Jaya ini, beliau kekal dengan strateginya untuk mencabar pelumba di hadapan. Katanya lagi, walaupun beliau tidak selaju mereka, namun jentera yang digunakan oleh beliau, iaitu Porsche Cayman GT4 RS nyata lebih baik, lebih stabil dan lebih kebolehpercayaan sekali gus memberikan beliau peluang untuk pulang sebagai juara lagi sekali.

Sebelum ini beliau pernah merangkul kejuaraan di Thailand Super Series 2023 selepas muncul juara dalam pusingan pertama di Litar Antarabangsa Chang, Buriram April lalu. Akan datang, beliau sekali lagi akan beraksi di Litar Antarabangsa Sepang. Jadi, adakah anda ingin tahu dengan lebih lanjut tentang perlumbaan beliau akan datang? Atau anda ingin memberikan sokongan kepada anak kelahiran Malaysia ini beraksi di pentas antarabangsa? Jangan lepaskan peluang dan sertai kami dalam perlumbaannya akan datang di Litar Antarabangsa Sepang 2023.

JUMPA DI SANA!

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.