Pusat Beli-Belah Kereta Terbaharu Di Malaysia? Memang ‘Rare’ Sangat Konsep Mall Ini.

Sumber imej: google.com

Pernah tak anda mempunyai cita-cita untuk memiliki sesebuah kereta namun tidak tahu pusat pameran mana yang terbaik untuk anda? Apa kata anda terus terjah ke Viva Auto Mall (Viva Shopping Mall) yang terletak di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur?

Sumber imej: gowhere.my

Apabila anda masuk sahaja ke dalam Viva Auto Mall, anda akan kagum melihat deretan kenderaan mewah dan juga kenderaan elektrik yang disusun rapi di dalam sebuah pusat beli-belah! Malah anda juga pasti terkesima melihat ada beberapa jenis kenderaan yang belum pernah anda lihat di jalan raya di Malaysia.

Sumber imej: thesundaily.my

Apa yang kami boleh katakan, konsep yang digunakan oleh syarikat Good Car Berhad ini adalah satu konsep baharu di Malaysia, di mana kini anda boleh memilih untuk mendapatkan pelbagai jenis kenderaan, pelbagai jenama dalam satu pusat beli-belah.

Sumber imej: google.com

Malah, untuk lebih mengenali keperluan pengguna, mereka juga turut mengadakan kempen yang sangat menarik, iaitu Kempen Pandu Uji Kenderaan, dua hari setiap minggu (Weekly Test Drive Campaign) bermula dari minggu ini pada 25 dan 26 November 2022. Sekiranya anda berminat untuk tahu dengan lebih lanjut, anda boleh terus ke Viva Auto Mall dari jam 10 pagi hingga 5 petang atau boleh juga hubungi mereka di +60 12 953 2230 untuk pertanyaan lanjut atau membuat tempahan slot pandu uji sekarang!

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.