Proton X50: Pembeli Dah Tak Sabar Menunggu

Sumber imej: commons.wikipedia.org

Sampai sekarang, pihak Proton masih lagi main tarik tali tentang tarikh sebenar Proton X50 akan dilancarkan. Sebelum ni, desas-desus mengatakan ianya akan dilancarkan pada July 2020. Namun, disebabkan wabak Covid-19, tarikh pelancaran mungkin akan ditangguhkan lagi.

Sekiranya anda ni salah satu peminat fanatik Proton X50, sila berhati-hati dengan scammer. Katanya, dah ada beberapa pihak yang mula ‘jual’ kereta ni di media sosial. Yang penting, jangan sesuka hati bayar deposit pada mana-mana individu yang menyamar sebagai pengedar Proton X50. Proton belum lancar lagi. Sabar sikit boleh?

Sumber imej: topgear.com.ph

 

Yea, kita tahu peminat Proton X50 ni ramai. Di Facebook pun siap ada Proton X50 Community Malaysia (PX50CM) tau tak? Jumlah ahli pun dah lebih dari 26,000 orang. Jangan main-main. Ramai rupanya peminat adik kepada Proton X70 ni. Bahkan ramai sudah yang intip kereta pandu uji X50 (yang sarat dengan celoreng-celoreng tu) di lebuhraya utama Malaysia. Siap follow lagi mana kereta tu pergi. Katanya kalau tengok depan-depan lagi cantik dan lebih besar dari Honda HRV.

Sumber imej: news.mymotor.my

 

Sumber imej: autobuzz.my

 

Sebenarnya, kalau anda nak tengok contoh atau spesifikasi Proton X50 ni anda boleh tengok pada Geely Binyue atau macam di Filipina pula guna nama Geely Coolray. Cuma di Malaysia ni je panggil Proton X50. Kalau di China, model Geely Binyue dilancarkan dengan enjin 1.4 liter 4 silinder petrol bersama kuasa turbo. Harga jualan di sana juga agak berpatutan, iaitu bermula dari RM 49,000 sehingga RM 56,000. Tapi boleh ke dapat harga tu di Malaysia? Rasa macam mustahil je. Ada yang kata boleh cecah sehingga RM 104,000 di Malaysia. Apa-apa pun, jangan duk kalut sangat nak booking kalau pihak Proton belum buat kenyataan rasmi lagi. Kang tak pasal-pasal nak lamar Proton X50, tapi duit hantaran hangus kena tipu.

Sumber imej: semakanonline.com

 

Sumber imej: careta.my

 

Sumber imej: facebook.com

 

Sumber imej: facebook.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.