Proton X50 Bakal Saingi Honda H-RV. Lebih Murah, Jimat dan Mengancam

Beberapa hari yang lepas, rakyat Malaysia mula kecoh apabila gambar kereta keluaran Proton yang baru, iaitu Proton X50, telah tular di media sosial. Ramai netizen telah memuji rupa bentuk Proton X50, bahkan ada yang kata ia kelihatan lebih mengancam daripada ‘si abang’, iaitu Proton X70.

Kalau anda semua nak tahu, Proton X50 merupakan hasil kerjasama Proton dan Geely. Maka tidak hairanlah SUV ini telah diadaptasi dari Geely Bingyue yang telah pun dilancarkan di China. Proton X50 dikategorikan sebagai SUV B-Segmen, dan bakal bersaing dengan model hebat seperti Honda HR-V, Peugeot 2008, Mazda CX-3, Toyota C-HR, Subaru XV dan lain-lain.

 

Bagaimana dengan harga Proton X50? Adakah ianya berbaloi untuk dimiliki? Melalui satu sumber yang boleh dipercayai, model Proton X50 yang dijangka dilancarkan tahun depan mungkin akan dijual pada harga sekitar RM75,000 hingga RM95,000 seunit. Ini kerana, Proton X70 telah dijual pada harga RM99,800, maka tidak mustahil Proton X50 pula akan dijual pada harga yang lebih rendah.

Selain itu, bagaimana pula dengan spesifikasi Proton X50? Mengikut Yang Jun, Ketua Kejuteraan Proton, Proton X50 akan dijana dengan kuasa enjin 1.5 liter dengan pengecas turbo. Kadar pecutan dari 0 – 100 km/j pula ialah dalam masa 7.9 saat berbanding Honda H-RV dalam masa 8.6 saat. Penggunaan minyak juga adalah lebih jimat dengan 6.1-liter bagi 100 km perjalanan.

Anda sudah jatuh hati dengan Proton X50? Mungkin gambar-gambar Proton X50 di bawah ni boleh buat anda jadi angau tak sudah. Apa tunggu lagi? Jom kita cuci mata. Memang merecik habis lah!

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *