Proton Saga 2019: Kereta Bawah RM40,000 Pertama Di Malaysia Dengan Ciri Keselamatan Terbaik

Images source: proton.com

Proton Saga mula diperkenalkan pada tahun 1985 dan keluaran pertama telah dihadiahkan kepada Muzium Negara sebagai simbol permulaan industri automotif negara. Selepas 34 tahun berada di dalam pasaran, kita mampu bangga dengan pencapaian Proton Saga. Keluaran terkini iaitu Saga 2019 tidak kurang juga hebatnya apabila turut menjadi kereta pertama Malaysia di bawah RM40,000 yang mempunyai ciri keselamatan setanding dengan kereta lain yang harganya jauh lebih mahal. Namun, apa ciri utama yang boleh buat anda terpikat?

1. CIRI KESELAMATAN TERBAIK

 


Orang kata jangan anggap murah itu tiada kualiti tau. Sebab Saga 2019 telah mendapat pengiktirafan 4 Bintang daripada ASEAN NCAP dan dilengkapi dengan Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (BA), beg udara, ISOFIX dengan ‘top tethers’, sensor tempat letak kereta belakang selain ciri tambahan seperti sensor tempat letak kereta hadapan, Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS) serta kamera undur. Fuh, memang berbaloi sangat ni. Ciri keselamatan cukup lengkap, tak padan dengan harga murah.

 

2. BAHAGIAN LUARAN SAGA 2019

 

Mungkin bagi anda, tiada perbezaan langsung antara Saga 2019 dan keluaran sebelumnya. Anda silap. Sebab untuk bahagian luaran Proton Saga 2019, ia telah dilengkapi dengan lampu nyalaan siang (DRL), bampar baharu, selain gril menerima ciri signatur atau ‘Infinite Wave’ yang pernah diperkenalkan pada model X70, Persona dan Iriz. Bukan itu sahaja, bampar belakang turut diberikan sentuhan baharu selain rim aloi 15 inci pada bahagian tayar.

 

3. BAHAGIAN DALAMAN SAGA 2019

 


Cuba tengok bahagian dalaman. Kelihatan lebih memukau bukan? Selain tempat duduk dengan rekaan baharu, ruangan dalaman juga dilengkapi dengan ‘floating screen’ bersaiz 7 inci, Bluetooth, 16GB simpanan dalaman dan sambungan ke telefon pintar Android. Selain itu, ia juga mempunyai Bantuan Pemanduan Eco bersama 3 pengecas USB, konsol tengah dan lampu peta LED dan juga ruangan asas lain yang telah ditambah baik.

4. KOTAK GEAR AUTO BAHARU

Image source: pandulaju.com

Jika sebelum ni Proton Saga menggunakan kotak gear CVT. Namun untuk Saga 2019, mereka menggunakan transmisi automatik dengan 4-kelajuan daripada Hyundai PowerTech seperti yang pernah digunakan oleh Kia Picanto. Menurut pihak Proton, perubahan transmisi ini mampu memberikan pengendalian yang lebih baik serta mengurangkan getaran, tahap kebisingan serta kekasaran (NVH). Anda juga boleh melihat spesifikasi lain bagi enjin Proton Saga 2019 seperti di bawah:


Bagi anda yang berminat untuk membuat tempahan, boleh la anda layari laman sesawang Proton dan dapatkan ‘Online Privilage Booking’ serendah RM9.99 dari 6 hingga 31 Ogos 2019. Harga pun memang berbaloi-baloi. Bermula dari RM33,591 (Standard MT) sehingga RM 41,847 (Premium CVT). Selain itu, anda turut ditawarkan pakej nilai tambahan dengan pakej servis merangkumi kos pekerja secara PERCUMA sebanyak 3 kali atau selama setahun. Anda juga akan mendapat 5 tahun waranti (150,000km). Apa tunggu lagi? Jom raikan merdeka bersama kereta Proton Saga 2019!

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *