6 SEBAB KENAPA PROTON S70 BUAT RAMAI MENGGIGIT JARI

proton s70
proton s70
Segak, senyap, sememangnya, S70!

Umum tahu bahawa Proton S70 adalah antara model yang paling dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia. Bila kali pertama melihat kemunculan Proton S70, nampaknya ramai yang jatuh hati dan tergigit jari. Sebab? Kereta ini terlalu handsome lah! 

Jadi, bila saya diberi peluang untuk pandu uji sendiri Proton S70 Flagship X baru-baru ini, memang teruja sangat! Apa yang boleh saya katakan adalah SAYA SUKA PROTON S70! Jom saya senaraikan 6 sebab kereta Proton S70 berbaloi untuk dimiliki.

proton s70
  1. REKA BENTUK YANG BERGAYA.

Sepanjang pemanduan saya ke Seri Iskandar, Perak, saya sering bertemu dengan beberapa orang yang berminat untuk melihat model ini dengan lebih dekat. Antara komen yang sering saya dengar adalah reka bentuk kereta ini sangat sporti, trendy dan premium macam kereta conti. Malah ada yang samakan rekaan Proton S70 seperti Audi A3 atau Volvo S60. Wow! 

Mungkin ada yang tidak tahu, sebenarnya Proton S70 ini berasaskan Geely Emgrand namun masih lagi mempunyai ciri-ciri sebuah Proton seperti ‘adik-beradiknya’ yang lain contohnya di bahagian belakang yang sedikit mirip dengan Proton Saga serta tiang-C yang menyerupai Proton Waja. Namun mungkin disebabkan waistline Proton X70 Flagship X yang agak menonjol pada bahagian sisi selain turut mempunyai panoramic sunroof, kereta ini nampak sangat elegan dan mewah.

Bagi bahagian gril hadapan, Proton S70 menggunakan corak elemen songket Infinite Weave yang menjadi ‘signature look’ Proton sejak bersama dengan Geely. Lampu hadapan menggunakan LED dengan bentuk tirus dan garang, sangat sesuai dengan logo Harimau Proton. Menariknya, apabila kita kunci kenderaan, lampu Proton S70 ini akan berkelip seakan-akan menari (bak kata netizen di TikTok). 

  1. HARGA MAMPU MILIK

Rupanya ramai yang terkejut selepas mengetahui harga sebuah Proton S70 di mana harganya dikatakan berada dalam kategori mampu milik. Dengan harga di bawah RM 100,000 ternyata Proton S70 jauh lebih berpatutan dan berbaloi untuk dimiliki jika dibandingkan dengan pesaing terdekat dalam kategori yang sama. 

Ada juga beberapa orang yang saya temui berkata nampaknya Proton sekarang sudah semakin hebat kerana mampu menghasilkan kenderaan yang reka bentuknya lebih premium, rekaan dalaman yang lebih mewah serta menggunakan teknologi yang lebih canggih pada harga yang sangat berpatutan.  

Ada yang berminat tak? Jika berminat, anda boleh pilih salah satu daripada empat varian yang tersedia; Executive (RM 73,800), Premium (RM 79,800), Flagship (RM 89,800) dan Flaship X (RM 94,800). 

  1. RUANG KABIN YANG PREMIUM

Pada pendapat saya, ruang dalaman Proton S70 Flagship X sangat minimalis, elegan dan nampak premium seakan sama seperti sebuah kereta yang berharga RM 200,000 ke atas. Mungkin kerana tempat duduk leatherette dan hampir keseluruhan ruang kabin menggunakan warna hitam, sekaligus menonjolkan ciri mewah dalam Proton S70.

Pada bahagian hadapan terdapat infotainment dengan skrin 12.3 inci yang mana paparannya sangat mesra pengguna, senang dan tetapan pula tidak terlalu banyak. Ciri tambahan juga layak dipuji seperti aplikasi music Spotify, peta navigasi dan kamera 360 darjah bersama paparan 3D yang sangat jelas.

  1. PENGENDALIAN YANG PADU

Jujur saya katakan pengalaman memandu Proton S70 sangat padu, tidak kira sama ada saya melalui jalan yang tidak rata, di selekoh atau di atas lebuh raya. Dengan menggunakan enjin 3-silinder 1.5-liter turbo dengan kuasa 150hp dan 226Nm tork, saya dapat rasakan Proton S70 ini ‘mengaum’ dengan hebat. Pecutannya juga pantas, pengendalian stereng yang responsif selain suspensi dan casis yang terasa kukuh.

Semasa memandu dalam keadaan hujan lebat di kawasan jalan kampung pula, saya dapat rasakan cengkaman yang sangat kuat dan stabil yang mana ianya membuatkan saya berasa lebih yakin memandu walaupun dalam keadaan cuaca buruk. 

Terdapat tiga mod pemanduan pada Proton S70; Eco, Comfort dan Sport. Cukup dengan hanya menggunakan Comfort Mode, anda sudah dapat rasakan kadar pecutan yang mencukupi. Jika anda ingin memandu dengan lebih santai seperti di kawasan bandar yang penuh sesak, anda boleh gunakan mod Eco yang ternyata bagus untuk penjimatan minyak. Namun jika anda berada di atas lebuh raya dan ingin menggunakan mod Sport anda harus berhati-hati kerana mungkin akan ada yang ‘terlupa diri’.

  1. SISTEM KESELAMATAN YANG HEBAT 

Untuk pengetahuan, Proton S70 hadir dengan ciri keselamatan yang hebat. Ia mendapat pengiktirafan 5-Bintang ASEAN NCAP dengan kehadiran enam beg udara serta sistem bantuan ADAS seperti brek kecemasan autonomi, Amaran Keluar Lorong, Bantuan Informasi Papan Tanda Trafik, Amaran Bukaan Pintu, Amaran Pelanggaran hadapan dan belakang, Kawalan Suluhan Tinggi Pintar serta beberapa sistem keselamatan yang lain. Menariknya, bagi varian Flagship X pula turut menyediakan dashcam hadapan sebagai salah satu ciri keselamatan yang penting untuk pengguna jalan raya sekarang. 

  1. PRAKTIKALITI

Sebagai pemandu wanita, antara ciri utama yang sering saya tekankan adalah tahap praktikaliti sesebuah model kenderaan itu kepada pemandu dan juga penumpang. Sepanjang perjalanan menuju ke Seri Iskandar, saya dapat rasakan pemandu serta penumpang belakang berasa selesa, mungkin kerana kedudukan kerusi yang ergonomik. Tambahan pula kereta ini turut mempunyai ruang compartment yang praktikal termasuk ruang kecil di bahagian konsol tengah yang kebiasannya hanya terdapat pada kenderaan yang lebih besar seperti jenis SUV atau MPV. Selain itu, ruang kargo juga agak besar iaitu sekitar 500-liter dan sekiranya inginkan ruang yang lebih besar, hanya perlu lipat kerusi tempat duduk belakang.

Jadi, jika anda sedang mencari sebuah kereta sedan yang cukup lengkap dengan rekaan luar dan dalaman yang ekslusif, sistem keselamatan yang tip top selain menggunakan teknologi moden pada harga bawah RM 100,000 maka Proton S70 adalah pilihan yang terbaik.

Jangan hanya dengar cakap-cakap orang kerana kini anda sendiri boleh melihatnya dengan lebih dekat, selain rasai sendiri prestasinya dengan cuba pandu uji. Berminat? Layari laman sesawang rasmi Proton di https://www.proton.com/ atau singgah sahaja di mana-mana pusat pameran Proton di mana-mana lokasi terdekat di seluruh negara sekarang!

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.