PROSEDUR TARIK KERETA YANG RAMAI TAK TAHU.

JANGAN SAMPAI TERCIDUK.

Sumber imej : utusan.com.my

Insiden tarik kereta sampai bergaduh sering tular di media sosial. Macam-macam ragam yang kita dapat lihat. Walaupun sudah banyak kes yang berlaku namun malangnya masyarakat kita masih tidak tahu apa hak kita sebagai pembeli, dan apa hak dan juga prosedur ejen penarik kereta yang betul. Kata orang, mencegah lebih baik dari mengubati. Jadi apa kata kita lihat apa prosedur yang betul dalam proses tarik kereta supaya kita sama-sama tidak tertipu dan terciduk dengan ejen penarik kereta:

  1. Menurut Akta Sewa Beli, institusi kewangan (contohnya bank) mempunyai hak untuk mengambil balik kenderaan jika pembeli gagal membuat bayaran seperti yang dipersetujui.
  2. Hanya ejen penarik kereta yang berdaftar di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang boleh membuat penarikan yang sah. Jika ejen tidak berdaftar, pembeli tidak harus membenarkan mereka menarik kereta sesuka hati.
  3. Ejen harus melaporkan kepada pihak polis terlebih dahulu sebelum melakukan proses penarikan.
  4. Proses penarikan tidak boleh dilakukan di kawasan kediaman berpagar. Sekiranya pembeli parkir kereta di dalam kediaman berpagar, ejen tiada hak untuk menarik kereta tersebut.
  5. Proses penarikan adalah dari 9 pagi sehingga 9 malam Sahaja, dan tidak boleh dilakukan semasa cuti umum.
  6. Jika bayaran kenderaan tersebut tertunggak, namun sudah melakukan pembayaran melebihi 75 peratus pinjaman, maka ejen penarik kereta harus mengemukakan surat arahan tarik dari institusi kewangan dan perintah Mahkamah kepada penyewa. Jika datang bawa air liur sahaja, pembeli mempunyai hak untuk mengatakan TIDAK!
  7. Pastikan ejen penarik mempunyai Kad Autoriti Ejen Perolehan Semula daripada KPDNKK. Jika tiada kad tersebut, JANGAN serahkan kereta anda sewenangnya.
  8. Ejen penarik kereta mestilah berpakaian kemas dan bersesuaian selain perlu bersikap professional. Kalau datang macam samseng jalanan dan melakukan kekerasan, pembeli harus melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.
  9. Sebarang barangan berharga atau persendirian di dalam kereta yang ditarik harus dikeluarkan dahulu sebelum kereta ditarik. Kalau ejen kata kesemua barang dalam kereta itu juga akan diambil untuk tujuan bukti, itu menipu namanya. Sah-sah ‘bahan bukti’ itu akan lenyap bersama ejen penarik kereta.
  10. Selepas proses penarikan kereta berlaku, pihak ejen penarik kereta harus melaporkannya kepada pihak polis.
  11. Jika berlaku kekerasan, peras ugut, meminta rasuah atau pencerobohan sehingga merosakkan harta benda (contoh: pecahkan pagar) semata-mata ingin mengambil kereta, pihak pembeli harus membuat laporan polis.

Sumber imej: jomexplore.io

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.