PROJEK MRT GAGAL DAN TANGGUNG KERUGIAN?

projek mrt

Menurut laporan Ketua Audit Negara 2024, Transit Aliran Laluan 1 (MRT 1: Sungai Buloh – Kajang) dan MRT 2 (laluan Putrajaya) nampaknya gagal untuk mencapai bilangan sasaran penumpang harian.

Bayangkan, kadar purata penumpang harian bagi MRT1 hanya sekitar 10.8% hingga 37.4% dari permulaan operasi pada tahun 2017 hingga 2023 yang mana kadar terendah adalah pada tahun 2021 akibat Pandemik Covid-19. 


Sumber imej: mymrt.com.my

Selain itu, bilangan tren yang beroperasi juga turut gagal mencapai sasaran di mana hanya 44 tren beroperasi pada tahun 2019 dan 48 tren bagi tahun 2020 hingga 2023, dan kekurangan tren yang beroperasi ini telah menjejaskan kekerapan perkhidmatan tren waktu puncak. Bahkan, ia juga turut menjejaskan waktu menunggu untuk tren tiba iaitu sekitar empat hingga lima minit (tahun 2018 – 2023) berbanding kekerapan setiap tiga minit pada tahun 2017. 

Bagi MRT 2 pula, ia juga tidak mencapai sasaran penumpang harian sejak mula beroperasi pada tahun 2022 di mana kadar purata penumpang harian cuma 20,842 penumpang atau 20 % daripada sasaran. Walaupun tahun 2023 menunjukkan peningkatan purata kadar penumpang sebanyak 45.6% namun jumlah itu masih jauh di belakang sasaran utama. 


Sumber imej: mymrt.com.my

Selain itu juga, laporan daripada Ketua Audit Negara turut menyatakan bahawa kedudukan kewangan MRT Corp tidak stabil kerana hanya bergantung kepada pembiayaan daripada pihak Kerajaan. Malah, kerugian terkumpul kini telah pun mencecah RM 57.624 bilion!

Menurut MRT Corp, mereka menjelaskan bahawa kegagalan utama adalah berpunca daripada wabak Covid-19, selain faktor subsidi bahan api, pengenalan caj kesesakan serta kenaikan kadar bayaran tempat parkir kereta di ibu kota yang menyebabkan rata-rata penumpang mula kurang berminat untuk menggunakan perkhidmatan tren MRT1 atau MRT2. Itu adalah alasan yang diberikan. Kepada pengguna, apakah sebab utama anda tidak berminat menggunakan MRT1 atau MRT2?

Bagi pendapat mereka yang pernah menggunakan perkhidmatan MRT pula, mungkin sebab di bawah ini yang menyebabkan masyarakat kita kurang suka menggunakannya: 

  1. Tempoh masa menunggu yang sesekali seperti tiada jadual yang tetap. Bayangkan antara yang paling ramai menggunakan perkhidamatan MRT adalah mereka yang bekerja di sekitar ibu kota. Jika tempoh masa menunggu tidak mengikut ketetapan masa, bagaimana mereka akan sampai ke destinasi sebelum waktu bekerja bermula? 
  2. Tren terlalu penuh dengan warga asing. Pernah beberapa kali apabila berada di dalam tren terasa seperti berada di negara lain. Bukan bersifat rasis namun bagi kaum wanita sememangnya kadang-kala kami berasa kurang selamat jika tren terlalu penuh dengan warga asing. 

Warga asing enggan bantu wanita tempatan tak bawa cash di stesen MRT, siap  sound 'jangan minta sedekah' - Viral | mStar
Sumber imej: mstar.com.my

  1. Kurang selesa. Pernah ada pengalaman menaiki tren ketika sedang hamil. Namun ramai antara pengguna tren (lebih-lebih lagi warga asing) tidak mengendahkan langsung malah duduk dengan selambanya di tempat duduk khas untuk warga emas, OKU, kanak-kanak dan juga wanita hamil. Lagi sakit hati apabila ditegur mereka tidak faham langsung. Bahasa Melayu pun tak tahu, Bahasa Inggeris pun tak tahu. Memang serik!

11 Civilised People On The LRT That Will Instantly Make Your Day A Lot  Better
Sumber imej: says.com

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.