BENGANG JALAN ROSAK TIDAK DIBAIKI, ‘INFLUENCER’ ‘POSING’ DALAM LOPAK AIR
Akibat bengang jalan raya rosak tidak dibaiki walaupun sudah diadu berulang kali, seorang pempengaruh yang dikenali sebagai Ummi Hani telah bertindak memerli pihak bertanggungjawab dengan memuat naik video dan foto beliau ‘posing’ di dalam lopak air berlumpur. Dengan memakai gaun dan tudung serba hitam serta solekan persis sesi bergambar, wanita terbabit sanggup berbuat demikian untuk memberi mesej kepada pihat terlibat supaya membaiki jalan tersebut dengan kadar segera.
Sumber imej: globalinvestigasinews.com
Menurt wanita tersebut, beliau sangat kecewa dengan pihak bertanggungjawab kerana penduduk setempat seringkali membuat permohonan dan aduan untuk penambahbaikan kepada infrastruktur jalan raya di sana. Namun malangnya aduan mereka tidak dihiraukan malah jalan raya yang digunakan penduduk setempat juga semakin teruk.
Menurut Ummi Hani lagi, sudah banyak kerugian yang terpaksa ditanggung oleh penduduk disebabkan oleh kerosakan jalan itu. Malah beberapa orang turut meninggalkan komen bahawa jalan yang rosak itu turut menyebabkan ibunya meninggal ketika dalam perjalanan ke hospital selain beberapa kes kemalangan parah akibat jalan yang berlubang teruk.
Sumber imej: regional.kompas.com
Kat Malaysia ke? Bukan. Kejadian ini sebenarnya berlaku di Kecamatan Merbau Mataram, Sumatera, Indonesia dan ini bukanlah kali pertama pempengaruh di sana ‘posing’ dalam air lumpur sebagai tanda protes. Ini kerana kejadian ‘posing’ dalam lopak air juga pernah berlaku sekitar tahun 2021 di jalan penghubung Kecamatan Tanjung Bintang dengan Jalan Dr Sutami.
Wah! Jangan sampai ‘trend’ ini sampai ke Malaysia sudahlah. Biasanya akan ada yang ikut trend dari negara seberang.