Porsche AG merupakan jenama kereta yang berasal dari Jerman dan turut popular sebagai jenama kereta mewah, khususnya dalam kategori “sportscar”, SUV dan sedan. Ibu pejabatnya terletak di Stuttgart, Jerman dan mereka turut mempunyai tiga cawangan jualan dan servis selepas jualan di Malaysia, iaitu di Porsche Centre Ara Damansara, Porsche Centre Sungai Besi dan Porsche Centre Pulau Pinang.
Namun terkini, mereka dikatakan bakal membina sebuah kilang pembuatan di Kulim, Kedah! Adakah ini berita baik untuk peminat Porsche? Atau adakah yang berharap agar jika kilang pembuatan dibina di sini maka harganya turut akan turun sedikit berbanding sebelumnya? Yang pasti, walaupun harga turun, ia masih lagi bukan dalam kategori harga mampu milik. Mari kita lihat perbezaan harga kereta Porsche yang ‘termurah’ dan termahal di Malaysia yang kini berada di pusat jualan (termasuk yang terpakai).
Selain itu, andai anda pernah ke laman web rasmi Porsche Malaysia, anda akan lihat cuma 33 kereta Porsche yang ada termasuk jenis 718 Boxster / Cayman (6), 911 (1), Taycan (8), Macan (2), serta Cayenne (16). Jadi, mungkin dengan adanya kilang pembuatan di Malaysia, maka akan ada lebih banyak jenis dan kuantiti Porsche yang akan berada di Malaysia?
Menurut beberapa sumber, bagi kilang mereka di Malaysia, Porsche bakal bekerjasama dengan Inokom Corporation Sdn Bhd yang juga di bawah Sime Darby Motors Sdn Bhd. Insentif untuk pelaburan mega ini telah pun mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan Malaysia dan pada masa yang sama pihak Porsche bakal menjadikan Malaysia sebagai hab rantau ASEAN dan menjadikan kilang mereka di Kulim, Kedah sebagai kilang pembuatan pertama yang dibuka selain di negara asal.
Andai berita ini benar, maka ia merupakan satu berita baik. Ia dilihat sebagai mampu menaikkan reputasi negara Malaysia dan pada masa yang sama bakal menarik minat lebih ramai pelabur. Apa kata anda? Bangga tak?