Polis Tukar Ferrari 458 Yang Dirampas Menjadi Kereta Peronda Sendiri. Baru Senang Nak Kejar Penjenayah.
Beruntung dan bijak juga strategi yang digunakan oleh pihak polis di Republik Czech apabila mereka menukar sebuah Ferrari 458 Italia tahun 2011 yang dirampas daripada penjenayah kepada kereta peronda polis. Kini, jentera mewah yang bernilai sekitar £150,000 (RM 812,000) telah diubahsuai sepenuhnya menjadi salah satu kenderaan polis terpantas di Eropah yang mana Ferrari 458 Italia 2011 dengan kuasa V8 itu boleh memecut dari 0 sehingga 100km/j dalam masa 3.4 saat dengan kelajuan maksimum (top speed) melebihi 202 mph (325 km/j).
UBAH RON95 KEPADA RON98 DENGAN X-1R OCTANE BOOSTER:
Menurut pihak polis di sana juga, kereta itu bakal menjadi kereta peronda polis yang mana ia akan digunakan untuk mengejar penjenayah khususnya yang melibatkan kes kenderaan curi, atau juga sekiranya terdapat kes perlumbaan haram di negara tersebut. Sekaligus, mereka juga turut dapat menyaingi kelajuan kenderaan penjenayah yang mana kebanyakan mereka menggunakan kereta berprestasi tinggi yang boleh mencapai kelajuan melampau sehingga kenderaan peronda polis biasa tidak dapat mengejar mereka sebelum ini.
Selain itu, pegawai polis terlatih khas juga akan menggunakan Ferrari ini apabila mereka perlu mengawasi keselamatan dan aliran trafik lebuhraya selain melakukan penampilan awam untuk mempromosikan kerja polis di negara Republik Czech.
Pihak polis juga turut berkata bahawa jenama Ferrari bukanlah kenderaan termahal atau yang jarang dirampas daripada penjenayah di negara mereka kerana sepanjang tempoh 12 bulan yang lalu, sebanyak 900 kenderaan lain turut sama pernah dirampas. Namun, kebanyakan kenderaan rampasan itu bukan ditukar menjadi kereta peronda polis, sebaliknya ia akan dijual dan hasilnya akan digunakan untuk menampung kos kerosakan disebabkan oleh penjenayah. Untunglah polis Republik Czech kan?