Polis Tangkap Polis: Guna Kenderaan PDRM Untuk Seludup Mercun
Polis tangkap polis. Itulah yang terjadi apabila seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan seorang lelaki yang merupakan seorang mekanik berusia 30-an telah ditahan di atas kesalahan menyeludup mercun dengan menggunakan kenderaan PDRM.
Ibarat peribahasa sepandai -pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Mungkin tindakan suspek menggunakan Toyota Hilux milik PDRM ini adalah untuk mengaburi pandangan orang awam atau pihak berkuasa sendiri. Namun malangnya jenayah mereka berjaya dikesan oleh sepasukan anggotan risikan Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) Pengkalan Chepa selepas mendapati kenderaan yang dinaiki suspek berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan Tanah Merah.
Selepas ditahan, sejumlah mercun dan bunga api ditemui di bahagian belakang kenderaan yang ditutup dengan kanvas yang mana jumlah keseluruhan mercun adalah sekitar RM 25,000. Antara jenis mercun yang ditemui adalah mercun bola, mercun roket, mercun bateri, mercun pop-pop dan pelbagai jenis bunga api yang lain.
Siasatan turut mendapati bahawa anggota polis itu bertugas di salah satu ibu pejabat polis di Terengganu dan suspek juga menggunakan kenderaan PDRM itu tanpa kebenaran pihak atasan. Manakala rakan sepenjenayah pula dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti penyeludupan mercun selain mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan narkotik.
P/S: Hairan. Seludup mercun itu salah dan ditangkap bila buat sembunyi-sembunyi. Tapi yang jual mercun di bazar Ramadhan secara terbuka tu tiada tindakan pula?