Polis Buru Budak Lelaki Conteng Kereta Dengan Perkataan Tak Senonoh.

Sumber imej: kosmo.com.my

Tular apabila seorang kanak-kanak lelaki kini diburu oleh pihak polis atas kesalahan vandalisme. Kejadian yang berlaku di Bayan Lepas, Pulau Pinang itu mendapati kanak-kanak lelaki itu telah menyembur perkataan yang tidak senonoh dengan cat tin berwarna hitam pada beberapa pintu kenderaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal, suspek yang merupakan seorang kanak-kanak lelaki disyaki melakukan kesalahan itu sekitar jam 2 petang di Jalan Tingkat Kenari 5. Selain itu, pihak polis juga menerima lima laporan tentang isu sama daripada pemilik kenderaan.

Jelasnya lagi, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat. Untuk pengetahuan, Seksyen 427 memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-dua sekali. Namun, peruntukan hukuman itu adalah untuk orang dewasa. Kalau untuk kanak-kanak, tak pasti pula apa jenis hukuman yang bakal dikenakan kepada pesalah.

Sumber imej: malaysiadateline.com

Dalam perkongsian di Twitter @isusemasaviral, laman itu turut memuat naik gambar seorang kanak-kanak lelaki berbaju t-shirt merah jambu, dan ramai warganet yang membuat spekulasi bahawa kemungkinan kanak-kanak itu adalah warga Rohingya. Malah, ada juga warganet yang mengatakan bahawa dia sering terserempak dengan budak Rohingya berkeliaran di kawasan parkir sambil membawa kayu, juga pernah ada kes mereka membaling telur pada cermin kereta.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.