PKP3.0 Pun Sempat Lagi Lumba Haram

Sumber imej: kosmo.com.my

“Bila jalanraya dah kosong, inilah masanya untuk keluar tunjukkan kehebatan beraksi di atas jalan!” Mungkin itulah kata-kata semangat di antara seorang mat rempit kepada rakannya. Bagi mereka, apabila kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0, inilah masa yang paling sesuai untuk menganjurkan lumba haram.

Namun malangnya, perlumbaan sekadar ‘suka-suka’ itu akhirnya membawa padah, apabila seramai 65 orang ditahan dan diarah untuk menolak motosikal masing-masing sejauh 5 kilometer dari Mak Chili ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman. Gerak petang, malam baru sampai. Kesian.

Sumber imej: facebook.com

Mengikut pihak polis, mereka mendapat maklumat daripada orang awam tentang aktiviti sekumpulan remaja yang berkumpul sebelum memulakan perlumbaan haram. Apabila mereka sedar kehadiran pihak polis, kesemua yang terlibat berlari ke dalam semak, dengan harapan dapat melarikan diri daripada dicekup pihak polis. Namun malangnya mereka tak tahu yang laluan itu juga telah dikepung pihak polis dalam Ops Samseng. Kata hati kering. Bila nampak polis tahu pula nak bertempiaran lari?

Menurut kumpulan remaja terbabit, mereka buat lumba haram ni sekadar suka-suka. Tiada sebarang pertaruhan dilakukan. Akhirnya kesemua pesalah berusia di antara 18 hingga 25 tahun diperiksa, 14 motosikal disita selain 52 saman dikeluarkan. Bukan setakat pelumba haram, dengan penonton-penonton sekali kena dengan pihak polis. Itu belum lagi bernanah telinga kena tarbiah daripada abang polis.

Sumber imej: facebook.com

Awalnya lumba suka-suka, akhirnya semua berbaris seperti dalam lagu Didi & Friends. Semut berkawad satu-satu horaa, horey!

Sumber imej: facebook.com
Sumber imej: youtube.com
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *