Pilihan ‘Car Seat’ Terbaik Untuk Anak Anda. Harga Bawah RM300 Pun Ada

Source: idealbabycare.com

Bermula tahun 2020, kerajaan Malaysia telah mewajibkan penggunaan car seat bagi anak kecil. Kalau tak pakai, kena penalti. Ini kerana, banyak kes kemalangan maut yang melibatkan anak kecil adalah disebabkan mereka tercampak keluar akibat tidak memakai car seat. Bagi mak ayah, jangan rasa yang paling popular dan mahal itu yang terbaik. Sebab banyak je yang berjenama tetapi teknik pemasangan berbelit-belit. Omputih kata complicated sehingga mak ayah pun garu kepala akibat tersalah pasang. Silap haribulan, nak anak selamat tapi masa memandu tu tak perasan car seat anak dah tertonggeng kiri kanan. Jangan sampai jadi macam ni pulak.

Source: facebook.com

Jadi, di sini kita kongsikan jenis car seat yang mendapat ‘rating’ tertinggi termasuk kebaikan dan harga sekali. Mana yang ada anak atau bakal ibu bapa, boleh la kongsikan bersama. Kita akan bahagi kepada 2 kategori, peringkat antarabangsa dan Malaysia.

TERBAIK: PILIHAN ANTARABANGSA

 

1. Chicco Keyfit 30 Infant Car seat – Taraf 4.7/5.0 Bintang

Source: babylist.com

Merupakan keluaran U.S.A dan telah mendapat taraf 4.7 dari 5 bintang. Berat car seat ini hanya 7 kg dan mampu menampung berat anak kecil sehingga 14 kg. Ramai ibu bapa hadapi masalah nak pasang car seat dengan betul kan? Jangan risau sebab car seat ni juga mempunyai cara pemasangan paling mudah. Harga di pasaran Malaysia bermula dari RM 999.00 sehingga RM 1170.00.

2. Graco Extend2Fit Convertible Car seat – Taraf 4.6/5.0 Bintang

Source: amazon.com

Kalay di tempat pertama sesuai untuk bayi di bawah 4kg sahaja, yang ni pulak sesuai untuk bayi atau kanak-kanak dengan berat sehingga 29 kg. Sebab tu namanya pun ada ‘convertible’. Kira macam 2 dalam 1 la. Antara kelebihan, ianya senang dicuci, selain ‘headrest’ boleh diubah sehingga 10 posisi. Harga di pasaran Malaysia ialah dari RM 1,290.00 sehingga RM 1,490.00.

3. Graco Contender 65 Convertible Car seat – Taraf 4.4/5.0 Bintang

Source: amazon.com

Tempat ketiga, juga dimiliki oleh jenama Graco. Perbezaannya, yang ni cuma ada 1 tempat untuk letak botol air atau botol susu, selain kebolehan untuk menukar sehingga 8 posisi headrest. Namun yang menariknya, car seat ni dilengkapi sistem LATCH – Lower Anchors and Tethers for Children dimana pemasangannya lebih mudah tanpa menggunakan ‘seat belts’. Harga di Malaysia bermula dari RM 899.00 sehingga RM 1,390.00.

4. Evenflo Tribute LX Convertible Car seat – Taraf 4.2/5.0 Bintang

Source: amazon.com

Biasa para ibu suka yang ni sebab variasi warnanya yang lebih lembut. Dengan berat hanya 4 kg, car seat ni bukan hanya ringan dan mudah dipasang. Walaupun ringan, ia mampu menampung berat anak sehingga 14 kg. Selain itu, car seat ini juga boleh diubah kepada posisi seakan berbaring apabila menghadap belakang (rear facing). Harga bermula RM 899.00.

5. Combi Compact Coccoro Convertible Car seat – Taraf 4.1/5.0 Bintang

Source: buybuybaby.com

Tempat kelima, jenama Combi yang turut mendapat ‘airplane-approved car seat’. Dengan saiz 15.5”, amat sesuai jika dipasang pada kereta bersaiz kecil. Car seat ni mampu menampung berat sehingga 18 kg. Harga di Malaysia antara RM 599.00 sehingga RM 1,200.00.

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *