Pilihan ‘Car Seat’ Terbaik Untuk Anak Anda. Harga Bawah RM300 Pun Ada—Bahagian 2

Kalau belum baca Bahagian 1, klik sini

TERBAIK: PILIHAN MALAYSIA

1. Sweet Heart Paris Car seat with Shock Absorbtion

Source: youbeli.com

Pada harga bermula RM 389.00, car seat ni mempunyai ciri keselamatan lengkap termasuk ‘shock absorption’ di bahagian sisi dan tali pinggangnya. Selain itu, kusyen pun mudah ditanggal untuk dibasuh. Car seat ni mampu menampung berat sehingga 18 kg.

2. Fisher Price Infant Car Seat

Source: applequince.com

Siapa yang tak kenal jenama Fisher Price kan? Antara jenama tersohor pilihan ibu bapa di Malaysia, juga mengeluarkan car seat terbaik. Namun, dah namanya pun ada ‘infant’ kan, jadi hanya sesuai untuk bayi baru lahir sehingga 15 bulan. Sistem keselamatan juga bagus, disertakan 3 tali pinggang untuk melindungai saiz bayi yang kecil. Harga bermula dari RM 230.00 sehingga RM 430.00.

3. Sweet Heart Paris CS28 Love Story Car Seat/Carrier

Source: my.carousell.com

Bagi ibu bapa yang mencari produk pilihan 2 dalam 1, mungkin car seat ni akan jadi pilihan anda. Bukan sahaja boleh jadi car seat, ianya juga boleh bertukar menjadi rocker. Mendapat kelulusan keselamatan dari Eropah selain harga yang berpatutan bermula dari RM 389.00.

4. Sweet Cherry Oxford Carrie Carseat

Source: ibumanja.com.my

Antara car seat paling jimat, sudah tentu car seat ni pilihan anda. Car seat ni juga mampu digunakan sebagai carrier untuk bayi kesayangan anda. Memiliki ciri keselamatan asas seperti tali keselamatan di bahagian pinggang dan juga dada, memang sudah cukup untuk melindungi yang tersayang. Harga pula cukup berbaloi, bermula dari RM 149.90 sehingga RM 239.00.

5. Nuna Pipa Icon – Caviar

Source: littlearrivals.com

Yang ni harganya agak mahal sedikit berbanding pilihan ibu bapa Malaysia yang lain. Bermula dari RM 1,199 sehingga RM 1,399.00 namun reka bentuk dan ciri keselamatannya memang bertaraf dunia. Walaupun kecil, ianya mampu menampung berat sehingga 13 kg selain ciri tambahan comel seperti kanopi yang melindungi anak anda dari cahaya dan haba matahari. Paling hebat, tempoh pemasangan hanya sepantas 5 saat!

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *