Pesawat Mirip ‘Punggung’ Bakal Beroperasi 2025. Luar Pelik Tapi Dalam Mewah

Sumber imej: nymag.com

Sekitar tahun 2017, sebuah prototaip Airlander 10 terhempas sehingga bahagian kokpitnya rosak teruk. Terbaru, syarikat Hybrid Air Vehicles (HAV) memaklumkan bahawa pesawat Airlander 10 yang turut dikenali sebagai ‘The Flying Bum’ ni bakal beroperasi pada tahun 2025. Kenapa dapat jolokan ‘The Flying Bum?’ Cuma perhatikan bentuk luaran pesawat ni dari belakang. Dah macam bentuk punggung manusia kan?

Sumber imej: kosmo.com.my

Untuk pengetahuan semua, pesawat ini mampu membawa 100 penumpang dan mampu terbang selama lima hari tanpa henti. Selain itu, dengan menggunakan helium dan elektrik untuk bergerak maka kelajuan yang mampu dicapai hanya sekitar 130 km/j sahaja berbanding pesawat biasa yang mampu mencapai kelajuan lebih 800 km/j.

Apa yang menarik tentang pesawat unik ini ialah ia tidak menghasilkan bunyi bising, selain rekaan dalaman (interior) yang sangat mewah! Mungkin sebab ia mampu terbang tanpa henti selama lima hari, maka mereka turut sediakan katil dalam pesawat, selain restoran mewah dengan cermin sisi yang mana penumpang boleh menikmati pemandangan luar pada masa yang sama.

Sumber imej: dailymail.co.uk
No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published.