Perodua Aruz mungkin berharga sekitar RM 68,000 hingga RM 74,000 di pasaran Malaysia. Namun, harga Perodua Aruz di Singapura boleh mencecah sehingga SGD 92,999 atau bersamaan dengan RM 286,409! Kini harganya sudah melepasi Perodua Myvi sebagai kereta Perodua paling mahal di pasaran luar dari Malaysia. Perodua Myvi mungkin kereta kebanyakan rakyat Malaysia, tapi di Singapura harganya boleh cecah RM 240,000 (dikenali sebagai Daihatsu Sirion). Bukan biasa-biasa harga kereta Perodua di sana yea?
Kenapa harganya setaraf dengan kereta mewah? Adakah kereta yang diedar di negara jiran lebih berkualiti? Sebenarnya, semuanya sama sahaja! Perodua Aruz di Singapura juga mempunyai enjin empat silinder Dual VVT-I 1.5-liter blok aluminium yang sama menjadikan torque 101hp dan 133Nm, selain mempunyai auto empat kelajuan yang menggerakkannya ke depan.
Perodua Aruz juga mempunyai enam beg udara, lampu depan LED, pintu masuk tanpa kunci (keyless) dengan push-start, sistem infotainment dengan skrin sentuh selain mempunyai roda aloi 17 inci.
Jadi, siapa yang akan jual Perodua Aruz di sana? Untuk pengetahuan semua, kereta ini akan dijual oleh satu-satunya pengedar sah Perodua di Singapura iaitu Perocom Auto Pte Ltd. Di samping itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad, turut berkata bahawa Perodua Aruz merupakan antara kenderaan utiliti sukan terlaris di Malaysia bagi tempoh 2019 hingga 2020 dengan lebih 58,000 unit terjual. Jadi, tidak mustahil model kereta ini turut mendapat sambutan menggalakkan di Singapura. Katanya lagi, selain Singapura, Perodua turut akan mengeksport kereta keluaran mereka ke negara lain termasuk Brunei, Mauritius, Sri Lanka, Indonesia, Fiji dan Seychelles.
Hebat Perodua Aruz. Hargamu setanding harga kereta mewah yea?