Pergerakan Antara Negeri: Dah Mohon Gerak Malaysia? Ini Perkara Yang Ramai Tak Tahu

Source: bharian.com.my

Pada siapa-siapa yang terkandas di kampung halaman semasa tempoh PKP tu dah buat permohonan melalui aplikasi ‘Gerak Malaysia’ ke? Bagi yang belum, anda boleh buat permohonan bermula 26 April 2020 dan kemaskini pada 29 April 2020. Baik cepat mohon, sebab dalam masa sehari dah hampir separuh juta orang yang mendaftar! Sekiranya permohonan anda berjaya, maka anda boleh merentas antara negeri. Tapi bukan main redah je tau. Sebab ada beberapa perkara penting yang anda kena tahu:

Source: semakonline.com

1. Macam mana nak mohon?
Mula-mula download aplikasi ‘Gerak Malaysia’ melalui Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery. Kemudian anda perlu isi butiran peribadi termasuk nama, no I/C, alamat, email dan nombor telefon. Jangan lupa kalau dia mintak nak access location korang, sila tekan ‘Allow’.

2. Bila tarikh semakan status permohonan?
Okay, bagi yang dah mendaftar, anda boleh semak status permohonan samada berjaya atau tidak pada 1 Mei 2020 (Jumaat). Tapi sebelum tu pastikan anda kemaskini permohonan pada 29 April 2020. Kemaskini tu penting sebab anda perlu sahkan destinasi perjalanan.

3. Kalau berjaya, bila boleh mula perjalanan?
Bagi pemohon yang berjaya, anda boleh mulakan perjalanan dari 1 Mei 2020 sehingga 3 Mei 2020 sahaja. Ingat, bagi permohonan yang DILULUSKAN sahaja! Bagi yang gagal jangan nak mencuba merentas negeri. Tak pasal-pasal kena patah balik tak pun kena marah je nanti sebab tak paham bahasa. Sebab hanya yang berjaya akan dapat QR code, dan anda harus tunjukkan code tu semasa roadblock atau melalui checkpoints.

4. Ada jadual perjalanan ke? Ke boleh je bertolak bila-bila masa?
Tau la excited nak balik. Tapi kena ingat yang PDRM telah tetapkan jadual perjalanan merentas negeri tu seperti berikut:
1) Mei 2020 (Jumaat): Perak, Johor dan Kelantan SAHAJA
2) Mei 2020 (Sabtu): Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka & Pahang SAHAJA
3) Mei 2020 (Ahad): Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan & Terengganu SAHAJA

5. Info penting lain yang harus saya tahu sebelum memulakan perjalanan?

  • Info 1: TIADA restoran atau kedai makan yang akan dibuka di R&R. Disarankan anda tapau makanan sendiri. Masak la siap-siap. Sebab kat R&R pun hanya toilet sahaja yang beroperasi. Kalau rasa nak kencing pun takut, pakai pampers siap-siap. LOL.
  • Info 2: Semua surau akan DITUTUP. Sebarang aktiviti solat berjemaah tidak dibenarkan. Anda disarankan bawa siap-siap tikar dan sejadah. Kot family anda nak berhenti solat mana-mana pun senang.
  • Info 3: Anda HANYA dibenarkan untuk keluar dari kenderaan masing-masing jika hendak ke tandas sahaja. Kalau yang tak nak guna toilet, duduk diam-diam dalam kereta.
  • Info 4: Stesen minyak hanya akan beroperasi dari jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam sahaja. Jadi pastikan anda isi minyak siap-siap.
  • Info 5: Pastikan anda sentiasa dapat update tentang apa-apa pengumuman oleh pihak berkuasa. Sebab kadang-kadang sebarang perintah akan berubah-ubah dari semasa ke semasa.
Source: thestar.com.my

 

No comments yet! You be the first to comment.

Your email address will not be published. Required fields are marked *